12 di hulu selangor - Google Blog Search |
Dari Lebih 30 Janji Manifesto, Hanya Satu Ditunaikan - UMNO Online Posted: 05 Sep 2012 01:42 AM PDT Kategori Pembela Rakyat, Kata Di KotaDari Lebih 30 Janji Manifesto, Hanya Satu Ditunaikan Di Selangor Itupun Tidak SepenuhnyaOleh: Mohd Faizal Mohd Salleh HULU SELANGOR, 5 Sept – Kerajaan pakatan pembangkang di negeri Selangor yang diterajui PKR, DAP dan Pas merupakan sebuah kerajaan yang pincang dan mempunyai pelbagai masalah kerana pakatan ini bukanlah satu pakatan yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat sebaliknya bersatu dalam satu pakatan hanya untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Namun bila kuasa di tangan, pakatan ini bukan sahaja gagal memberikan khidmat yang terbaik malah tidak ada pembangunan dan kemajuan yang dibuat untuk rakyat. Sebagai contoh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, sepanjang Datuk Dr Zainal mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor, tidak ada kemajuan atau pembangunan yang dibawa sedangkan kerajaan Selangor ketika itu merupakan kerajaan yang dipimpin oleh kerajaan pakatan. "Janji mereka memang terlalu banyak, mereka kata nak buat pelbagai perkara. Tiga puluh (30) perkara lebih yang mereka keluarkan dalam manifesto, hanya satu sahaja yang dibuat, air percuma itupun tidak dilaksanakan sepenuhnya. "Saya sendiri tertanya-tanya apa pembaharuan yang dibuat oleh pakatan ini di Selangor, khususnya di Hulu Selangor antara tahun 2008 hingga 2010. Mereka sendiri tidak dapat menjawab sedangkan Pengerusi Komunikasi mereka sendiri, Nik Nazmi dalam satu program pidato, beliau katakan banyak yang telah dibuat tetapi memberikan contoh iaitu membekalkan bekalan elektrik kepada satu perkampungan orang asli, tetapi bila saya tanya lebih dari itu, mereka tidak dapat senaraikannya," ujarnya kepada UMNO-Online di sini. Tambah beliau lagi, BN selepas menang pilihanraya kecil 2010 di Hulu Selangor, BN telah memulakan projek persimpangan lebuhraya utara selatan di Sungai Buaya, memulakan projek SKC Kg Timah, membuat projek perumahan untuk orang-orang miskin di Kg Hassan, menunaikan janji untuk membina sebuah masjid di Sungai Tinggi malah BN telah pun membina sebuah sekolah Tamil di Serendah dan membina sebuah sekolah Cina di Bukit Beruntung. "Saya boleh senaraikan, pelbagai inisiatif yang telah kita lakukan. Klinik 1Malaysia telah kita tubuhkan, bukan satu tetapi ada tiga klinik 1Malaysia di Hulu Selangor, Kedai Rakyat 1Malaysia telah kita mulakan, ini semua janji kita. Perbezaan antara BN dan pakatan pembangkang ialah BN akan menunaikan janji untuk memastikan rakyat didahulukan, pembangkang pula tidak akan menunaikan janji kerana mereka hanya mahu berkuasa semata-mata. "Rakyat harus faham bahawa pakatan ini hanya mahu menang pilihanraya semata-mata untuk berkuasa tetapi bila dapat kuasa, mereka tidak akan buat apa-apa, contohnya di Hulu Selangor. Dari tahun 2008-2010, tidak ada satu pun pembangunan dan kemajuan yang dibuat dan baru-baru ini, ada pengusaha-pengusaha perniagaan di Bukit Sentosa, kerana janji Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka, kalau pakatan diberikan undi dan peluang, peniaga-peniaga ini akan dibantu tetapi sampai ke hari ini, tidak ada sebarang bantuan pun yang diterima," ujarnya lagi. Beliau seterusnya memberitahu pada PRU12 yang lalu, pakatan pembangkang berjanji akan menurunkan cukai pintu, cukai tanah tetapi selepas mendapat kuasa janji itu tidak ditunaikan malah cukai-cukai tersebut dinaikkan. "Rakyat 1 Malaysia khususnya di Selangor harus sedar, kerajaan dan pemimpin pembangkang sebenarnya tidak ada apa-apa platform, tidak ada kebolehan dan keupayaan untuk menerajui kerajaan negeri Selangor. Kalau kerajaan Selangor ini pun dah kucar kacir dibuatnya, apa akan jadi kalau mereka diberika peluang untuk mentadbir kerajaan Malaysia ini. "Kita tengok sahajalah apa yang berlaku di Unisel, contoh dia nak berikan pendidikan percuma tetapi di Unisel, tempat tinggal pelajar pun mereka tak dapat jaga, inilah kerajaan negeri yang dipilih rakyat untuk diberikan peluang tetapi mereka binasakan segala harapan rakyat begitu sahaja. "Kita harus sama-sama bangunkan negeri Selangor, saya harap rakyat akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam PRU yang akan datang dengan memilih BN, sama-sama kita buat pembaharuan di negeri Selangor," tambahnya. -MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 4:42 PM |
You are subscribed to email updates from di hulu selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan