Jumaat, 14 September 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


SEHARI <b>DI</b> RUMAH PENYAYANG BESTARI, <b>KUALA LANGAT</b>

Posted: 14 Aug 2012 02:22 PM PDT

Alhamdulillah, diberi peluang untuk turut serta dalam program khidmat bakti di Rumah Penyayang Bestari. Secara peribadi, ini kali pertama berkesempatan dan berpeluang untuk meluangkan masa sehari bersama adik-adik di sini. So, excited la sikit. Experience baru katakan.
Rombongan ahli sukarelawan lebih kurang 70 orang telah memeriahkan suasana di Rumah Penyayang Bestari dengan pelbagai aktiviti termasuklah gotong-royong, mengecat, dekorasi dan sesi beramah-mesra bersama adik-adik.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif di mana bilik belajar di sini telah pun berjaya ditransformasikan menjadi bilik yang lebih selesa dan kondusif untuk mereka belajar.Sempena bulan Ramadhan, majlis berbuka turut dijalankan. Kemuncaknya, bantuan dan sumbangan diberikan kepada semua ahli Rumah Penyayang Bestari termasuklah duit raya, makanan, pakaian dan barang-barang keperluan harian.
Paling bermakna, sukarelawan yang terlibat meliputi semua kaum, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Tidak dilupakan juga, warga dari Sabah jauh nun di sana. Apa yang penting, masing-masing memainkan  peranan untuk menjayakan misi kali ini.
Kumpulan yang telah bekerja keras untuk membersihkan, mengemas, mengecat dan menghias bilik belajar. Satu usaha yang cukup bermakna dan membanggakan. Tahniah kepada semua akak-akak dan abang-abang yang mengerah keringat, bermandi-peluh demi menceriakan suasana di Rumah Penyayang Bestari. Anda semua memang awesome!
Inilah dia wajah-wajah ceria adik-adik Rumah Penyayang Bestari yang mendapat tajaan pakaian raya dari kedai pakaian tempatan. Semoga hari raya adik-adik lebih bermakna.
Untuk menceriakan keadaan dan menggembirakan adik-adik, kami tampil dengan sesi aktivit bersama mereka. Selain giat beraktiviti, kami mengambil kesempatan yang ada untuk berkenalan dan berkongsi cerita dengan mereka.
30 ahli Rumah Penyayang Bestari dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu menghabiskan kesemua 5 aktiviti untuk mengumput mata keseluruhan sebelum diumumkan sebagai juara. Antara aktiviti yang diadakan adalah:
  1. Sepakat membawa berkat
  2. Pancing botol
  3. Isi air dalam botol
  4. Connect the dots dan regu
  5. Find the right balloons
 Jenuh jugak nak buat modul untuk aktiviti nih. Ye lah, kena fikir aktiviti yang dapat dilaksanakan dan disertai oleh semua adik-adik yang berusia dari usia 7 tahun sehinggalah 17 tahun. Sesiapa nak buat program untuk anak-anak yatim nanti, boleh la mintak kalau nak modul/ penerangan lanjut untuk setiap aktivit kat atas tuh,haha
Dengan bantuan abang-abang handsome dan kakak-kakak cantik, akhirnya apa yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Nampaklah adik-adik gembira dan senyum sampai ke telinga. Terima kasih ye! Tahniah kerana telah menjayakan program ini.

 Hah, perah span tu sampai penuh botol
 Ewah, pancing jangan tak pancing
Turun sikit, angkat sikit, ke kanan, ke kiri, ok, selamat!
Seterusnya, cerita pasal juadah berbuka puasa. Seawal 500 petang lagi, acara membakar satay giat dijalankan. Meriah, dah macam hari raya.
 Satay ayam ada, satay daging pun ada
Pelbagai juadah disediakan untuk adik-adik dan semua sukarelawan yang ada. Dari kuih-muih, sehinggalah kepada nasi dan lauk-pauk. Paling syok, adik-adik dihidangkan dengan ayam KFC. Tak ketinggalan air Ribenna dan orange sebagai penghilang haus dan dahaga setelah seharian bergotong-royong dan beraktiviti.
Selepas solat Maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang untuk aktiviti berkumpulan sambil menjamu juadah berbuka puasa.
 Kumpulan Itik dinobatkan selaku juara keseluruhan. 
Tahniah kepada semua adik-adik di bawah pimpinan dan bimbingan Abang Wan dan Kak Ayu. 
 Kemuncaknya, upacara penyampaian sumbangan dan duit raya kepada kesemua 30 orang adik-adik Rumah Penyayang Bestari.
Hulurkan tangan, ringankan beban
Sebagai penutup program, adik-adik dihiburkan dengan pertunjukan bunga api.Dah macam pesta merdeka dah jadinya. Apapun, semoga semua aktiviti dan khidmat bakti yang dijalankan sepanjang sehari ini dapat memberi seribu satu makna dan menggembirakan mereka.
Bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik Rumah Penyayang Bestari dan para sukarelawan
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma dan pemberi sumbangan!
Terima kasih kepada semua fasilitators yang menjayakan aktiviti yang dirancang Wan Shahir, Idayu, Abdul Hakim, Mirra Nabila, Ain Idris, Fatin Nadiah, Nurul Ain Razak, Shahir Naim, Salihah, Dilla, Junior. Tidak dilupa kepada abang/kakak yang jaga stesen untuk setiap game : Aidil, Shafique, Moon, Eida, Izzati.Tahniah kepada semua kerana sudahpun menjayakan misi ini terutama yang mengerah keringat bergotong-royong, mengecat dan F&B department yang menyediakan juadah yang sedap dan lazat. Untuk video sepanjang program yang sudahpun dirakam, nanti sama-sama kita tonton semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri :)
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Hadis riwayat Ahmad)
Photo credit : Anabella

Vandalisme Papan Iklan <b>Di Kuala Langat</b> Terkawal

Posted: 10 Aug 2012 02:29 AM PDT

KUALA LANGAT 10 OGOS : Masalah vandalisme papan iklan di sekitar daerah Kuala Langat masih terkawal selepas Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menjalankan beberapa program kesedaran berhubung kesalahan itu.

Pemangku Yang Dipertua MDKL, Muhammad Hafiz Shaari berkata MDKL kini sentiasa memantau dan menjalankan program kesedaran itu supaya mengingatkan orang ramai agar menjaga harta benda awam.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat gejala vandalisme yang membabitkan papan iklan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

"Gambar mereka masih lagi diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian seperti ini sudah beberapa kali sepanjang tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Hafiz menambah, perilaku vandalisme itu merugikan harta benda awam serta mencacatkan persekitaran.

"Mereka harus faham, penukaran papan tanda ini akan menelan kos yang banyak dan ini akan merugikan Kerajaan Negeri dan MDKL," katanya.

Sebelum ini, beberapa gambar pemimpin Pakatan termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipaparkan pada papan iklan telah disimbah cat dan diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Selangorkini mendapati rata-rata papan iklan yang diconteng digantikan dengan papan iklan baru manakala papan iklan yang sedia ada kebanyakkannya masih berada dalam keadaan yang baik.

Ekskavasi Arkeologi <b>DI</b> Bukit Jugra Lama, <b>Kuala Langat</b>

Posted: 15 Aug 2012 05:28 PM PDT

PADAT, Shah Alam, 24 Ramadhan 1433 = 13 Ogos 2012 (Isnin):

Kerjasama (MOU) antara PADAT Selangor dan Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada bulan April 2012 membuka jalan kearah kerja-kerja ekskavasi di Bukit Jugra, Kuala Langat. Kerja berkenaan bermula dengan pembersihan awal pada 24 Jun 2012 ke atas tapak Satu dilereng bukit Jugra, ke atas dari Muzium Insitu Jugra mengarah ke laut. Pasukan ekskavasi diketuai oleh Dr. Sufyan Sabtu Pensyarah Arkeologi, Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia bersama dengan 21 pelajar tahun dua (11 lelaki dan 10 perempuan). Pada 27 Jun 2011 (Rabu) Adun Bangi, selaku Pengerusi PADAT turun ke Kuala Langat menyertai upacara perasmian dan ke lokasi tapak ekskavasi. Tapak sudah dibersih dan pengukuran telah dibuat. ADUN memulakan kerja-kerja ekskavasi awal dan diteruskan oleh pelajar-pelajar berekskavasi memakan masa lebih kurang sebulan.Selepas tapak pertama diekskavasi, kerja-kerja berpindah ke tapak kedua, iaitu di kawasan runtuhan bangunan lebih kurang 50 meter ke atas bukit dari tapak pertama. Kerja di sini bermula dari 23 Julai 2012 sebulan selepas kerja-kerja di tapak awal. Sehari sebelum berakhir kerja-kerja ekskavasi sebelum raya, pada 8 Ogos Adun turun menyaksikan kerja-kerja ekskavasi bagi kali kedua, khususnya bagi tapak kedua di bawah runtuhan bangunan. Adun ditunjukkan penemuan-penemuan setakat ini. Bagi tapak pertama terdiiri dari proselin tembikar Cina yang pecah, manakala pada tapak kedua diketemuai bahan yang labih banyak, iaitu proselin tembikar Cina, tembikar dari Belanda, Tembikar yang tertulis perkataan `Selangor`, pecahan botol minuman, kelongsong peluru, 2 paku besar dan cakuk bagi mengukuhkan ikatan bangunan. Penemuan-penemuan ini disifatkan oleh Dr. Sufyan adalah hasil kerja 2 bulan yang merupakan 10% dari kerja-kerja bakal dijalankan. Kerja-kerja ekskavasi ini akan disambung selepas hariraya dan berterusan sehingga akhir Disember 2012.

Adun Bangi selaku Pengerusi PADAT berpuashati di atas kerja-kerja dijalankan. Diharap kajian yang bakal dijalankan seterusnya akan menghasilkan lebih banyak penemuan. Sidang akhbar dijalankan pada hari ini ialah merupakan makluman awal hasil yang didapati dari kerja-kerja ekskavasi peringkat awal yang bakal diteruskan.
Sekurang-kuranngnya penemuan awal ini mengukuhkan bukti tentang kerajaan dan pemerintahan di negeri Selangor selepas bernaung di bawah Kerajaan Melaka dan Johor, khususnya dari Dinasti Bugis. Kerajaan ini bermula di Kuala Selangor dengan perlantikan Raja Lumu (1766-1784) dikuti dengan Sultan Ibrahim (1784-1786) dan Sultan Muhammad.

Tahap kedua berlaku perpindahan pusat pemerintahan negeri Selangor ke Kuala Langat (antaranya akibat dari ancaman Belanda yang pernah berperang bagi menguasai Selangor, tapi dapat dikalahkan oleh tentera Raja Ibrahim). Pemerintahan di Kuala Langat ini bermula dengan pemerintahan Sultan Abdul Samad Ibn Raja Abdullah yang memerintah Selangor antara 1859-1898. Pada masa baginda British mulai masuk (1875). Walaupun pusat pentadbiran didirikan di Kuala Lumpur yang mengambil namanya Bangunan Sultan Abdul Samad dan istana pemerintahan berpindah ke Kelang pada (1879) bermula dari Sultan Alaiddin dan Sultan Hishamuddin, tetapi Sultan Abdul Samad tetap menyayangi Kuala Langat dan tidak

memindahkan Pusat Pentadbiran. Pada masa pemerintahannya terbina Insitu Jugra sebagai Pusat Keselamatan, Pejabat Daerah yang menjadi lokasi ekskavasi ke 2, Pejabat Percukaian dan rangkaian perumahan yang lain. Ekskavasi menemuai bahan yang mengukuhkan kedudukan Jugra sebagai Pusat pentadbiran dan pemerintahan.

Selain dari barang-barang jumpaan monument yang terdiri dari bangunan insitu Jugra, Pejabat Daerah, Pejabat Percukaian, rangkaian perumahan pentadbiran, sumber air (telaga atau perigi), tapak dan runtuhan bangunan istana, Istana Jugra dan Maqam Sultan Abdul Samad membuktikan Jugra pernah menjadi Pusat Pemerintahan. Ruang terbuka bagi membuat kajian berbagai bidang yang bakal menyusul kemudian.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads