Jumaat, 14 September 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Raja <b>di Petaling Jaya</b>! - Selangorlicious

Posted: 30 Jul 2012 06:15 PM PDT

Sebelum datang ke gerai DurianSS2.com saya telah mencuba pelbagai gerai durian disekitar Petaling Jaya. Hasilnya, gerai DurianSS2.com menjadi pilihan utama saya.

Di sini kita dihidangkan dengan pilihan durian dari baka yang terbaik. Antaranya Mas Pahang, Mas Johor dan Raja Kunyit. Kebetulan Jun sehingga Ogos adalah musim durian bagi semenanjung Malaysia, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menjamu raja kepada segala buah ini.

Sebelum itu sedikit panduan bagi memilih durian yang terbaik. Pertama, perhatikan tangkainya. Pastikannya sempurna dan tidah pecah atau ada kesan ditakik. Ini kerana ada pengusaha durian yang mengait durian yang belum masak dan memeramnya dengan karbaid (carbide). Tetapi durian karbaid ini rasanya kelat, dan isinya agak keras. Ya lah, durian tidak masak secara semulajadi.

Pengalaman saya sendiri di gerai-gerai lain sekitar SS 2, ada yang menjual durian karbaid(kita dapat lihat di mana longgokan durian yang telah dikopek dibuang kerana masih belum benar-benar masak).

Kedua, lihat permukaan kulit. Pastikan tiada lubang ulat dan rekahan di bontotnya. Durian yang merekah, adalah durian yang sudah lama gugur. Bila sudah tidak segar, isi durian biasanya berair, rasa terlalu manis bercampur sedikit masam. Durian ini hanya sesuai dibuat tempoyak sahaja bagi saya.

Setelah melihat secara fizikal, hidu pula permukaannya. Pastikan baunya tidak terlalu kuat. Jika terlalu kuat, tandanya durian itu dah lama gugur. Kalau tidak berbau pula, durian ini belum masak dan keras. Pastikan juga tiada bau karbaid!

Langkah terakhir, goncang. Pastikan ada sedikit rasa hentakan di dalam. Jika tidak ada langsung, durian itu sudah lama gugur. Kalau rasa hentakan terlalu kuat pula, tandanya isinya keras, dan durian itu tak masak.

Inilah indahnya durian – yang terbaik adalah yang secukup rasa.

Pilihan durian di DurianSS2.com menepati semua ciri durian yang terbaik. Bila dibelah, walla! Memang seperti yang saya bayangkan. Isi tebal, rasanya pula melangkawi jangkaan saya. Untuk RM18 sekilo, memang berbaloi!

Layanan peniaga yang ramah, kemas beruniform menambah keselesaan. Air kosong juga disediakan percuma bagi membasahkan tekak.

Suasana gerai juga sangat ceria, saya percaya gerai durian adalah gerai yang paling ceria pernah saya pergi. Ini kerana pengunjungnya mempunyai cinta yang sama terhadap durian. Lokasi DurianSS2.com di simpang tiga memudahkan ia untuk dicari.

Setelah habis tiga biji durian yang besar-besar, kami pesan pula air kelapa muda. Sungguh menyegarkan!

Pengalaman makan durian di gerai DurianSS2.com ini membolehkan saya (a self-proclaimed durian connoisseur)membuat kesimpulan yang inilah tempat yang akan saya tuju setiap kali gelora ghairah durian datang memuncak. Kerana saya tahu, saya tidak akan dikecewakan.

11215

Rate this post:

Thanks!

An error occurred!

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads