12 di sabak bernam - Google Blog Search |
Perusahaan Kelapa <b>di</b> Sungai Air Tawar, <b>Sabak Bernam</b> Posted: 31 Aug 2012 01:59 AM PDT Nenek cerita zaman kanak-kanaknya, seawal 3 pagi dah pergi mencungkil kelapa di rumah asap. Rumah asap ni kebiasaanya dimiliki kaum Cina, yang membeli buah2 kelapa dari kebun penduduk kampung, dan membayar upah pada penduduk kampung untuk menyungkil isi kelapa dari tempurungnya. Kemudian isi kelapa diasapkan sehingga kering. Tempurung kelapa dikumpul dan dijadikan bara di bawah rumah asap untuk mengeringkan isi kelapa. Selepas itu dibawa ke kilang untuk diperah menjadi minyak kelapa. Masa ummi kanak2 pada tahun 1980an, ummi sempat ikut nenek dan moyang ke rumah asap dan sempat merasa pengalaman mencungkil isi kelapa. Kerjanya kejap je, selebihnya kami main2 kat situ. Moyang lelaki pula mengambil upah mengait buah2 kelapa di kebun-kebun penduduk kampung. Pada waktu lain, kedua2 moyang akan mengambil upah mengemaskan kebun dan mengumpul buah koko masak untuk dikeringkan. Mereka hanya bekerja mengambil upah sahaja kerana mereka tiada kebun sendiri. Cuma ada sikit tanah cukup untuk jadi tapak rumah. Selepas berpuluh tahun meninggalkan kampung, Syawal 2012 baru-baru ni ummi sekeluarga balik semula ke Sabak Bernam. Kami ambil peluang mengambil gambar perusahaan kelapa yang terkini. Rupa-rupanya kini mengumpul sabut kelapa pula jadi antara perusahaan yang terpenting. Sabut kelapa ini dibwa ke kilang dan dipintal untuk menjadi tali yang kuat. Pekerja pula adalah kaum Bangladesh sebab semua orang kampung di situ dah uzur. Anak-anak muda lebih suka berhijrah ke bandar. Rumah asap yang masih wujud tapi dah nampak uzur. Buah kelapa yang belum dikupas. Yang jauh tu isi kelapa yang dah dicungkil dari tempurung. Sabut kelapa dikumpulkan di tepi jalan untuk dikutip dan dihantar ke kilang tali sabut. Kanak2 tu mungkin cucu atau cicit kepada pemilik rumah asap. |
You are subscribed to email updates from di sabak bernam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan