Selasa, 13 November 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


yang ingin kukongsi...: Mencendol <b>di Bangi</b>: makan sakan-sakan <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 04:13 AM PST

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Atas cadangan Cik Bintang, Saya dan Anyss akhirnya singgah juga di tepi jalan, depan Hitachi (Seksyen berapa eh? Seksyen 4 Tambahan ya? lupa laaagiiii....!)
Menurut Cik Bintang, Pasembor dan Cendol ini sudah beroperasi kira-kira 30 tahun. Dia kenal dengan mamak tu sebab berjiran dengan sedara dia di Bangi.

Dua buah van digunakan untuk berniaga di bawah pokok. Di belakang ada nurseri, so pemandangan sangat best. Hijau juga berangin. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat dilihat dari tempat mencendol ini.



Tiga set untuk tiga orang. Pasembor dan Cendol. Jarang nak jumpa cendol diserve dalam mangkuk 'tin' sebegitu. Best sangat, sebab pegang mangkuk tu jer dah terasa sejuknya.!


Yang membezakan pasembor ini dengan pasembor lain yang pernah Saya rasa ialah, pasembor ni ada cucur yang garing. Macam keropok! Ohhh memang different!

Selain Pasembor, juga ada Mee Goreng. Yeaa... cuma 2 tu jer menu. Mee Goreng pun dikatakan sedap. Masa kami makan, pun terbau wangi garingnya tumisan mee goreng tu. Cuma kami tak larat la nak order plak...!


Saya order Cendol + Pulut. Perhhhh lazat...!
Nampak tak nurseri kat belakang tu?
Cuaca sangat best dan terang-benderang pula petang tu...!

Selepas kenyang sampai tersandar, dah tak larat nak ke mana lagi dah. So, balik ke rumah Anyss dulu. Kemudian text Hanie untuk gathering lagi. Plan diatur selepas Asar.
SR yang cuma sepelaung dari rumah Anyss yang juga sepelaung dari rumah Hanie. Hahahaha... rumah setaman sekian lama, tapi baru minggu lepas depa ni tahu yang rupanya depa setaman....!
Semua kami hanya jalan kaki saja ke SR, walaupun dah mendung.


Kerana kami masih kenyang sendat, so minum saja lah sambil melihat anak-anak & suami Hanie yang makan.


Terimakasih Hanie yang belanja minum juga tapau dinner kami. Tak puas borak pun, sebab ujan lebat kat luar. Kami harus berpisah sebelum maghrib, sebab sebelah malam ada agenda lain pula menanti.

*blog ni dah 99% penuh pic... harap-harap sempat la sampai hujung tahun sebelum terpaksa buka blog baru.

~...memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian sedar HISYAM walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam 'Bayu Cinta Luna'...~

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads