12 di meru - Google Blog Search |
Syabas Homes: 8.KEMUDAHAN <b>DI MERU</b> HILLS... Posted: 07 Nov 2012 07:29 PM PST Meru Hills adalah sebahagian daripada kawasan perumahan dalam gugusan pembangunan Taman Meru dan Bandar Meru Raya yang kini sedang pesat membangun. Menyertai arus kerancakan pertumbuhan disini dan permintaan tempat tinggal selesa, Syabas Homes telah menyediakan sebuah boutique homestay di Meru Hills (gated community) berbentuk rumah teres dua tingkat berukuran 22 kaki x 75 kaki dengan kemudahan empat kamar tidur dilengkapi perabut dan peralatan, tiga kamar mandi untuk kediaman maksimum 16 orang. Ruang porch dengan keluasan 22 kaki x 20 kaki, boleh memuatkan 2 buah kereta dengan mudah. Bagi menghormati perokok-perokok tegar yang ingin merokok, dua buah bangku panjang disediakan sebagai sudut merokok. Ruang dalam rumah memang tidak dibenarkan merokok untuk menghormati tetamu yang mesra alam dan yang tidak selesa dengan asap rokok sekunder. Dibahagian tingkat bawah terdapat sebuah ruang tamu, sebuah kamar tidur, sebuah setor, ruang makan dan ruang dapur. Satu set sofa, dua buah meja, sebuah display cabinet memenuhi ruang tamu. Bahan-bahan bacaan ringan dibekalkan kepada tetamu yang berminat membaca. Ruang tamu yang luas ini boleh juga di jadikan sebagai ruang tidur tambahan. Kamar tidur di tingkat bawah dilengkapi dengan dua buah katil bujang furnished. Sebagai tambahan dua set tilam dan bantal juga disediakan. Ruang makan dilengkapi dengan meja makan untuk enam orang dengan pinggan mangkuk, sudu garfu, cawan dan gelas yang mencukupi. Peralatan memasak dan mesin suling air bersih sejuk dan panas berjenama COWAY disediakan di ruang dapur. Di tingkat atas terdapat tiga kamar tidur iaitu satu kamar utama dan dua kamar tidur bujang dan dua buah kamar mandi. Dua buah tilam kelamin dibekalkan di kamar tidur utama, ideal bagi sebuah keluarga kecil. Untuk keselesaan, bilik ini dilengkapi penyaman udara ( air-condition) serta bilik air dilengkapi dengan pemanas air. Satu lagi ruang santai keluarga terdapat di tingkat atas rumah ini. Sebuah LED TV berukuran 42' dengan perkhidmatan siaran ASTRO termasuk pakej Sports Package dan DVD Player disediakan. Ruang ini juga dilengkapi sebuah sofa bed. Ruang yang luas ini juga boleh ditukar menjadi ruang tidur tambahan apatah lagi tilam dan bantal tambahan juga disediakan di semua kamar tidur di tingkat atas seperti di tingkat bawah. Kamar tidur kedua di tingkat atas adalah antara yang terbesar boleh memuatkan empat katil bujang dengan mudah. Dua katil bujang berbantal tilam lengkap dengan comforter. Almari dan meja ditokok tambah sebagai pelengkap kamar. Syabas Homes di Meru Hills terletak di jalan Cul-De-Sac, aman dan tiada gangguan trafik serta mampu menempatkan enam ruang parkir tambahan untuk tetamu yang datang dengan kereta yang lebih dari dua buah. Pihak MYDIN Hypermarket Meru Raya telah menjadi pelanggan pertama menduduki homestay ini dan hingga kini terus menjadi antara pelanggan utama. Terima kasih MYDIN kerana sokongan anda yang berterusan. Pihak Syabas homes mengalu-alukan para tetamu berkunjung ke Bandar Ipoh dan menginap di Syabas Homestay Meru Hills. Tetamu juga akan menerima sebuah 'complimentary fruit basket' untuk penginapan dua malam atau lebih selepas bayaran dijelaskan dan sewaktu penyerahan kunci. Pada kadar harga@RM280 sehari semalam (24 Jam), Syabas Meru Hills menawarkan pakej penginapan homestay boutique yang amat berbaloi atau 'value for money'. Kami bersedia menerima tempahan anda sama ada semalam, seminggu mahupun sebulan. Untuk tempahan sila hubungi Muzill tel: 019-4651234 atau email:syabashomes@gmail.com |
You are subscribed to email updates from di meru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan