Selasa, 13 November 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


rainbow of memories: Lawatan ke Rumah Anak Yatim <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 11 Nov 2012 01:20 AM PST

Dua hari lepas, which is on Friday, I dgn classmate, diiringi lecturer kami yg kami panggil Mama, untuk kelas Effective Speaking telah melakukan tugasan terkahir kami iaitu lawatan ke rumah anak yatim yang terletak di Petaling Jaya... Lepas ni, tinggal presentation utk semuanya. Hurmmm, habis control sebak jangan nangis. Huhu. Nasib baik tak menangis... Tipulah tak sebak atau sedih. :(
Tapi ada time tetiba plak si Tia menangis beria-ria... Memang taklah I pandang muka dia. Nanti menangis sama. Haha. Hati kami memang mudah tersentuh sebenar-benarnya walaupun nampak gangster... Mana taknya, memula masuk rumah anak yatim tu, air mata dah nak bertakung. Semua kanak-kanak comel tu beria-ria salam kita orang... Sedih gila tengok dia orang yang kecil-kecil, comel-comel tu, dah jadi anak yatim... :'( And here, I would like to share some pictures to share about our assignment. 
Early birds! Ini muka-muka datang awal... :) Us with our lecturer, Mama, in front of our faculty.
19 including our lecturer, should be ada lagi 9 org to be exact.
Rumah anak yatim yang kami pergi. Tapi, mengikut adik angkat I, ini hanya rumah perempuan.
Bila kami datang, mereka berkumpul di sebuah rumah. Jumlah mereka 30 orang semuanya.


Dari kiri : Faizatul (kakak) dan Nafisah (adik). Adik angkat I hari tu Nafisah.
Sesudah sampai sana, kita orang akan dapat seorang adik angkat setiap orang. Dan tugasannya ialah, kita orang perlu berborak dengan dia orang, dalam masa beberapa jam tu, dan dapatkan maklumat sedikit sebanyak tentang dia orang. Bukan senang dia orang nak cakap dengan orang yang baru dia orang kenal tau. So, kita orang perlulah apply Effective Speaking - To Persuade dia org utk bercerita. 
And mine, Nafisah... Memula dia cam malu-malu. Then ha, banyak juga dia bercerita. Taklah I duk tanya baru dia jawab. Huraian dia panjang jugaklah. Tapi tentang sekolah dengan hobi dia je. Bila tanya tentang family, dia macam tak nak jawab... Dia cakap dia tak ingat. Wuwuwu, kesian je tengok. Tapi dia pandai! Dia masuk kelas pertama, dan selalu dapat 100 dalam few subjects! So proud of youuu adik! :')
Mereka berumur majoritinya 7-12thn. Then kita orang lunch sama-sama, main game sama-sama dia orang. 
Dan tak lupa ada AJK makanan yang sediakan minum petang! Yeay!

Untuk game petang tu, si Tia jadi juruacara... Semangat kawan I seorang ni, demam dan tak ada suara pun, dia menjerit-jerit utk bagi instruction. Thank you Tia, you did well yang! :)

Nafisah dan Faizatul ni, ayah dia orang dah meninggal... Ibu orang susah, sebab tu mereka dihantar di sini. Tapi kalau cuti, mereka akan balik ke kampung. Sedihnya terpaksa berpisah dgn keluarga :(

Excited dia orang main game ni. Game err Kahwin - Cerai - Rujuk. Best tengok! Haha. 
Dia orang kene cepat bertindak mengikut arahan. Comel je... :)

FAHMI! Hihi... comel sangat, baik sangat! Fahmi menang game AEIOU.
Game siapa paling hebat jadi patung. Haha. Adik comel, semoga awak berjaya & bahagia dunia akhirat! :)

Our lecturer, Mama... dan Kak Farah, yang sediakan catering lunch hari tu. 
Thank you kak :) 

Nadia dengan anaknya! Hihi.. Ini sangat comel, btw I personally think muka dia orang sama. Kan?
Bila dia bercakap, comel gila, haha. Memula dia memalu, tp suka gila bergambar! 

Izah dengan adik angkat dia. Dan si comel tu jugak. Haha. Time ni game dah habis, tengah penyampaian hadiah sikit. Lepas tu dia orang bersiap utk pergi show. Dah hampir 5pm time tu.

Dear Tia dengan adik angkat dia. Kalau ada yang nak singgah, pergilah... :)
15, Jalan 3/67, Petaling Jaya. Dekat dengan UiTM Jalan Othman.

23 of us in the pictures, lagi saki baki beberapa orang samada jadi cameraman or missing in action lagi. 
Bersedia untuk pulang ke Shah Alam!



Alhamdulilah sangat... Sebab dilahirkan ada mama, ada abah... Ada semuanya... Bila tengok dia orang, memang ada terfikir macam Tia, "Apalah dosa dia orang?". Tapi, I tau, ni semua ujian Allah untuk insan-insan terpilih. Masakan budak-budak sekecil itu sudah berdosa? :( Harap dan doa supaya mereka sentiasa di dalam lindungan Allah...
Hurm, I was thinking that, someday, bila dah mampu, teringin sangat-sangat nak bantu rumah-rumah kebajikan dan anak yatim macam ni. How I wish I am a millionaire! Doakan supaya mereka dibantu dan dimurahkan rezeki selalu eh? Thank you! insyaAllah... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads