12 di paya jaras - Google Blog Search |
SEDAPLAH MAKAN KAT GERAI PAK TAM <b>DI PAYA JARAS</b> Posted: 19 Oct 2012 05:43 AM PDT Jarang2 sekali kalau Kjee makan di mana2 gerai, Kjee akan berpuas hati dengan senarai makanan yang disediakan. Kekadang satu dua jenis jer yang Kjee suka. Tetapi lain pula di gerai Pak Tam di Paya Jaras. Semuanya makanannya menepati citarasa Kjee. Sayangnya, gerai Pak Tam ini tidak begitu strategik. Mungkin tidak ramai yang menyangka ada gerai makanan yang menyajikan makanan sedap di kawasan tersebut. Mereka yang biasa dengan Pasar Malam di Paya Jaras, Sungai Buloh, perlu memandu terus melepasi tapak pasar malam itu hingga ke traffic lights. Selepas traffic lights yang sebelah kirinya ada bengkel, pusing kiri dan kira2 lima minit, akan jumpa sebaris kedai di sebelah kiri. Kemudian terus sedikit, sebelah kiri ada gerai Pak Tam. Pak Tam ini orang Utara. Justru semua makanannya berbau Utara. Antaranya Nasi Kandar, Laksa serta Mi Rebus. Selain Laksa serta Mi Rebus yang Kjee anggap terbaik yang pernah Kjee rasa, Nasi Lemak Pak Tam jugak cukup sedap. Nasinya cukup lemak bertepatan dengan namanya. Dan lauk pauknya juga mewah. UnclePali pulak kata Nasi Ayam Pak Tam menarik. Tetapi tiap kali ke gerai Pak Tam, UnclePali akan makan Nasi Kandar. Nasinya berwarna kuning sama seperti Nasi Kandar kalau Kjee makan di sebelah Utara. Nanti lain kali ke sana, Kjee ambil gambar Nasi Kandar Pak Tam. Tagline Pak Tam ialah: "Kalau sedap beritahu kawan. Tak sedap beritahu Pak Wan". Ramai juga peniaga lain guna tagline sama. Masa Kjee mula2 ke sana dulu, Kjee makan Laksa (gambar lupa nak snap). Rasanya memang sedap. Cuma kuah laksa sejuk. Ini boleh patahkan selera. Komplen kat waitress dia mintak maaf, api dapur terpadam. Kemudian kali kedua Kjee ke sana, Kjee order Mi Rebus. Awal2 Kjee mintak agar kuah yang dihidangkan panas. Mi Rebusnya benar2 menepati selera Kjee. Manis kuahnya dari keledek yang dibubuh didalam kuah itu. Selain menjual Nasi Kandar, Nasi Lemak, Nasi Ayam serta Mi Rebus, Pak Tam juga menghidangkan mihun sup Utara, pelbagai jenis sup Utara serta makanan Thai. Kjee suka Lin Chee Kang Pak Tam sementara UnclePali pulak suka ABC. Mewah bahan2 dalam Lin Chee Kang dan jugak ABC. |
ICU Bina Longkang Pelik <b>di Paya Jaras</b> Posted: 14 Sep 2012 05:00 PM PDT PAYA JARAS 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu. Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran. Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan. "Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai. "Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya. Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan. Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini. "Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di paya jaras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan