Sabtu, 10 November 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Forum Politik Matang <b>di Shah Alam</b> | Saifulislam.Com 2.0

Posted: 13 Oct 2012 03:38 AM PDT

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior.

Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah.

Antaranya:

  • Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi.
  • Revolusi Perancis 1789-99 dengan slogan Liberty, Equality dan Fraternity memudahkan kita melihat mengapa Tauhid dibenci golongan berkuasa. Elemen ini menjadi intipati Tauhid. "Seruan ini pasti dibenci raja-raja" adalah antara komen awal yang Baginda SAW terima berkenaan makna La Ilaha Illallaah.
  • Gerakan penterjemahan ide di era Tahtawi dan Muhammad Abduh sebagai perbandingan tentang keutamaan menterjemahkan buku pemikiran semasa bagi membentuk politik matang.
  • Gerakan Jadidiyyah oleh Sheikh Kursavi 1804 yang bersemangat Islam, berubah menerima serapan idea kesatuan bangsa apabila Rusia menakluk wilayah Volga pada tahun 1880an untuk membentuk Pan Turkism (Ketuanan Turki – Turanism)
  • Demikian juga perubahan yang berlaku kepada The Young Ottoman daripada berjati diri Islam, berubah kepada Turkism, sebagai menunjukkan idea-idea kesatuan berasaskan bangsa adalah idea reaktif yang tidak boleh menjadi asas perjuangan.
  • Nicholas Hagger di dalam buku The Light of Civilization dan The Rise and Fall of Civilization merumuskan bahawa semua tamadun tanpa mengira bangsa, di mana dan bila, akan berada dalam peningkatan apabila mereka komited dengan mesej 'Cahaya', dan jatuh apabila menjauhi mesej itu.

YB Khalid Samad kata saya 'mencari masalah' dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat :-)

Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang 'menikmatinya'. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan.

Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka.

HASRIZAL
43000 BSP

 Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (2183) Pelawat

Ngeri! Runtuhan Konkrit Banglo <b>Di Shah Alam</b> (5 Foto) | Informasi <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2012 01:30 AM PDT

Ketika beberapa orang pekerja sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah rumah banglo, tiba-tiba berlakunya runtuhan konkrit menyebabkan mereka tertimbus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Ngeri! Runtuhan Konkrit Banglo Di Shah Alam (5 Foto) | Jika kita lihat, hampir 90% tenaga buruh bahagian pembinaan kontrak bangunan dilakukan oleh pekerja dari negara jiran. angka peratusan itu tidak mengejutkan kerana statistik sendiri menyatakan jutaan orang dari negara jiran berada di Malaysia untuk mencari sumber pendapatan. Namun bekerja di bidang kontrak bangunan ini mempunyai risiko tersendiri. Terbaru seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.

Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.

"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.

Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.

Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

"Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

"Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian," katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.

Melayukini.net - Runtuhan ini mungkin disebabkan struktur konkrit yang tidak berapa kukuh. Walaubagaimanapun pihak berwajib perlu menjalankan sisasatan bagi memastikan apakah punca  sebenarnya runtuhan ini berlaku. Walaubagaimanapun tidak dinyatakan siapakah pemilik banglo tersebut. Setiap apa yang berlaku mempunyai hikmah yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber: Sinar Harian | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiket final piala malaysia dijual <b>di Shah Alam</b>, Kota Bharu hari ini <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:32 PM PDT

You are here: Home / Piala Malaysia / Tiket final piala malaysia dijual di Shah Alam, Kota Bharu hari ini

Tiket Final Piala Malaysia 2012TIKET Final Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijual mulai Khamis (18 Oktober) di Stadium Shah Alam.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kaunter tiket akan mula dibuka mulai Khamis sehingga hari perlawanan, bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Manakala penyokong Kelantan boleh mendapatkan tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru.

Katanya, FAM menyediakan sebanyak 60,000 tiket bagi perlawanan akhir dan setiap pasukan diperuntukkan 30,000 tiket.

"Seperti yang diputuskan awal musim lalu, tiket akan dijual dengan harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak," kata Hamidin ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola akhir Era Piala Malaysia 2012, hari ini.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut berkata, mesyuarat memutuskan ATM sebagai tuan rumah manakala Kelantan pula pelawat.

"Penyokong ATM akan masuk memalui pintu A manakala Kelantan pula menggunakan pintu C yang akan dibuka mulai jam 4 petang.

"Pada masa sama, saya juga menasihatkan agar penyokong tidak membeli tiket pada saat-saat akhir kerana tiket amat terhad," katanya lagi.

Sementara itu Naib Presiden KAFA, Hj Rosmadi Ismail mengesahkan tiket Final Piala Malaysia 2012 akan dijual di Stadium Sultan Muhammad Ke IV mulai jam 9 pagi ini.

"Sebanyak 10 ribu keping tiket akan dijual mulai jam 9 atau 10 pagi," katanya.

Semalam penyokong Kelantan membanjiri SSMIV untuk mendapatkan tiket final lebih awal, namun terpaksa pulang hampa kerana tiket yang diharapkan masih belum mula dijual.

Related posts

coded by nessus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads