Sabtu, 10 November 2012

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


The-History-Of-My-Life: Berpiknik <b>di Ulu Yam</b>

Posted: 05 Oct 2012 01:18 AM PDT

Hari ni agak lewat aku update sebab amik mood nak berblogging.
15 September lepas, aku dan FZ plan nak pergi berkelah di Ulu Yam.
Punyalah lama kisah, sekarang baru nak update yeee...
So, kitorang pergi Ulu Yam tu agak lewat... dalam kul 2 lebih.
Itupun aku takut-takut je kot-kot tak jadi sebab aku tengok cuaca cam mendung je.
Aku dah buat backup plan...
Kalau hujan, cancel pergi Ulu Yam tapi kitorang akan pergi window shopping.
Tetengah bulan ni manelah ada duit nak shopping bagai.
Window shopping pon jadik laa...
Kalau ada barang berkenan, telan air liur je la.. huhuu.....
Pegi time camtu, orang pon dah tak ramai.
Parking pun senang nak dapat.
Tempat strategik untuk letak tikar dan barang-barang pun ada.
Aku lebih suke duduk disebalik pokok besar.
Bukannya apa... senang sikit nak salin pakaian.
Aku tak suke salin pakaian kat tempat khas tu sebab kotor dan sesetengah perempuan salin pakaian macam kan dia tengah jahit pakaian... lama gilee....
Kali ni aku bawak baby Alya...
Ni pes time dia mandi sungai...
Siap melalak time aku letak kaki dia atas pasir sungai.
Pelampung angry bird ni aku beli kat situ jugak.
Suke la baby duk dalam pelampung tu.
Tapi dia cuak sikit... mungkin sebab tak biase.
Kemain seronok lagi main kejar-kejar.
Time tu aku ada ajar dia perkataan 'Lari'...
Pastu terkejut aku bila dia pandai sebut.
Asal FZ kejar dia je, mesti menggelupur kayu kaki sambil sebut "lari...lari..."
Comel jek suara dia sebut lari tu... hehehehe....

Kaki tercokeng kat situ.. hehehe...
Pelampung tu sekarang aku simpan kat kolam, tempat kije FZ.
Sebab mane lah tahu nanti nak gune time mandi kat kolam.
Masa ni air sungai tu memang sejuk gile.
Dah macam mandi dalam ais.

Eh, dah macam family pulak... ngeee....
Bila dah nak naik, baby nangis.
Aku dah agak dah... sebab biasenye memang semua budak-budak macam tu.

Aku masak mee goreng je...
Aku ni kalau masak mesti meriah.
Kalau buat mee goreng tu, dalam tu mesti ada ayam, fish ball, sayur sawi dan tomato.
Tak reti aku masak mee goreng kosong.

Keropok keping ganu mariii...
Wajib ada kalau makan mee goreng.
Aku ada jugak goreng ayamas drummet.
Pastu aku bawak jugak jajan yang ada kat rumah aku.
Pastu untuk baby aku bawak jelly.
Tapi lupe pulak nak snap.

Behave je dia sepanjang duk kat situ.
Takde pon nak usik barang-barang ke ape..

Aku : Baby, tolong amikkan tisu.
Aku : Baby, amikkan umi tuala...
Aku : Baby, amik henset umi dalam beg umi...
Atas kepala aku tu tuala...
Rambut tak kering lagi tapi aku malas nak kesat.
So biarkan berkelubung dalam towel.
Baby pulak dah start ngantuk.
Tapi macam biase la... bukannya dia nak tido.
Time nak balik tu, dia pun tolong angkut barang.
Dia tolong bawak pelampung yang kitorang beli tadi.

Dalam pukul 4.30 petang, kitorang balik.
Kang mandi lama-lama takut sejuk dada pulak.
Dalam kereta, macam biase la...
Bagi baby hisap susu... dan lepas tu dia pon selamat tido...

Stres hilang bila ke <b>Ulu Yam</b> | Berita Terkini Online

Posted: 27 Oct 2012 10:03 PM PDT

Aktiviti membakar ayam antara kegemaran Yunus dan rakan-rakan.
Aktiviti membakar ayam antara kegemaran Yunus dan rakan-rakan.

Keindahan Air Terjun Ulu Yam yang menggamit sesiapa sahaja untuk datang ke sini.
Keindahan Air Terjun Ulu Yam yang menggamit sesiapa sahaja untuk datang ke sini.

Awal Oktober lalu, Mohd Yunus Abdul Hamid dan rakan sekerjanya sepakat untuk menghabiskan hujung minggu mereka dengan berkelah di sebuah tempat perkelahan di negara ini.

Memandangkan banyaknya kawasan perkelahan yang ada, masing-masing mula berkongsi idea memilih lokasi yang bersesuaian.

Ada yang menawarkan untuk pergi ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Tidak kurang juga ada yang inginkan agar mereka singgah di Air Terjun Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Tekala, Lubuk Manggis, Pangsung atau Hutan Lipur Gunung Nuang untuk melakukan aktiviti perkelahan.

Disebabkan banyaknya cadangan yang dikemukakan, mereka mula berhadapan masalah untuk memilih lokasi yang tepat.

"Susah juga nak buat keputusan kak. Nanti, jika pilih lokasi yang tak bersesuaian dengan jiwa, kami juga yang akan rugi," beritahu Yunus kepada penulis ketika ditemui baru-baru ini.

"Kenapa tak pergi ke Air Terjun Ulu Yam? Aju penulis padanya.

"Cantik ke kak? tanyanya. Cantik. Tempatnya menarik, tenang dan bersih sekali. Lagipun, Ulu Yam sebuah tempat perkelahan terkenal yang mana air terjunnya sejuk seperti air batu, kata penulis pada Yunus.

Mendengarkan itu, Yunus mula mengusulkan lokasi Air Terjun Ulu Yam sebagai percutian untuk mereka kali ini. Masing-masing kelihatan teruja bila melihat Yunus bersemangat menceritakan keindahan Ulu Yam pada mereka.

Tiba hari dijanjikan, Yunus berserta lapan orang sahabat termasuk anak-anak rakannya mula bertolak dari Shah Alam seawal jam 10 pagi. Sebanyak empat buah kereta mula bergerak menuju ke destinasi pilihan.

Setiap orang daripadanya seolah-olah inginkan perjalanan tiba dengan segera semata-mata ingin menikmati keindahan Ulu Yam, di samping tidak sabar-sabar untuk memanjakan diri dengan mandi-manda di situ.

Tepat jam 11 pagi, rombongan Yunus sampai di tempat yang dijanjikan. Mereka bagaikan terkejut kerana suasana di kawasan perkelahan itu sungguh meriah dengan kehadiran ramai pengunjung.

"Kemeriahan di Air Terjun Ulu Yam bagaikan Karnival Jom Heboh yang sedang berlangsung. Memang ramai sangat-sangat. Kelihatan beberapa keluarga turut serta bercuti di sini.

"Pasangan bercinta juga turut sama menghabiskan masa mereka di tempat perkelahan. Yang paling happy bila mana melihat anak-anak kecil asyik bermain air sampaikan ibu bapa mereka panggil agar menikmati makanan sekejap tidak diendahkan. Mungkin terlalu seronok agaknya," cerita Yunus.  


Keseronokan berpanjangan

Yunus dan rakan mula mencari port untuk dirikan khemah. Bila sudah dijumpai, salah seorang rakannya yang merupakan bekas askar dipertanggungjawabkan untuk mendirikan khemah dan tempat duduk.

Selang 20 minit, khemah siap didirikan. Yang lain-lain mula menyalakan batu arang untuk proses bakar ayam. Selebihnya, mereka menyediakan peralatan dan hidangkan makanan yang di bawa seperti bihun, mi goreng, sosej berserta sos lada hitam dan cili serta banyak lagi.  

Setelah semuanya selesai, mereka tidak pandang ke kiri kanan lagi. Masing-masing terus terjun untuk mandi manda. Ayat pertama yang terkeluar… "sejuknya air ni. Menggeletar badan dibuatnya."

Walau sejuk, mereka terus berendam. Sekejap naik ke atas untuk menikmati makanan, sekejap pula terus terjun untuk mandi.

Menurut Yunus, lama juga mereka berada di sana. Hampir enam jam. Namun masa itu ibarat sekejap cuma. Tak puas untuk berseronok bersama rakan-rakan.

"Bukan senang nak kumpul rakan sekerja kerana ramai antaranya mempunyai komitmen tersendiri bila tiba hujung minggu. Jadi, bila dapat peluang sebegini, kami tekad untuk gunakannya sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya hubungan terjalin bertambah erat serta tekanan kerja dapat dilupakan seketika," beritahu Yunus.

Hidup bagaikan tidak lengkap jika tidak berbicara tentang kemudahan yang terdapat di kawasan perkelahan yang ditujui.

Bila bertanyakan hal itu, Yunus dengan pantas memberitahu dia begitu kagum dengan apa yang ada di sana.

"Pondok rehat, bilik persalinan, tandas awam, gerai makanan dan minuman, taman permainan, tapak perkhemahan serta banyak lagi semuanya ada di sini.

"Tong sampah pula mencukupi sehinggakan sukar untuk melihat sampah sarap bertaburan. Cuma, mungkin pihak pengurusan boleh menambah kemudahan yang sedia ada itu kerana pengunjung kian bertambah dan kemudahan yang banyak amat dialu-alukan," ujarnya yang mungkin akan ke sini lagi bila dia dan rakan-rakan berkelapangan.

Article source: http://www.sinarharian.com.my/rencana/stres-hilang-bila-ke-ulu-yam-1.98397?localLinksEnabled=false

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads