Ahad, 25 November 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Kegagalan Ceramah Merdeka Rakyat <b>Di Shah Alam</b> Semalam <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 05:30 PM PST

Malam tadi berlangsungnya Ceramah Merdeka Rakyat di Seksyen 24, Shah Alam di bawah DUN Batu Tiga. Antara penceramah yang datang untuk memanaskan pentas terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Chegubard,  Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan EXCO Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor dan tokoh utama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran Rakyat Selangor ternyata mengecewakan. Dengan kehadiran tidak sampai 1,000 orang, ternyata ceramah berkenaan kelihatan gagal!

Isi-isi ceramah ternyata topik-topik basi yang sering kita dengar di mana-mana ceramah Pakatan Rakyat. Cerita AES, Tun Dr Mahathir tunduk kepada George Soros, UMNO menindas Palestin, Altantunya dan Scorpene dan beberapa pembohongan lain telah menjadi skrip utama. ADUN-ADUN Selangor gagal untuk memberikan usaha-usaha yang telah mereka lakukan ke atas Rakyat Selangor di dalam sessi ceramah tersebut. Mereka gagal memberitahu Rakyat bahawa Manifesti PRU12 telah berjaya mereka laksanakan!

DS Anwar Ibrahim apabila mengetahui kehadiran Rakyat Selangor terutama di Shah Alam yang tidak memberangsangkan telah membatalkan kehadiran beliau di pentas ceramah berkenaan. YB ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan beliau di laman sosial Twitter, pagi ini berkata: "Ceramah Merdeka Rakyat Batu Tiga sambutan luar biasa. DSAI tidak dapat hadir sebab kesihatan. Terima kasih Rakyat atas sumbangan RM7,140 untuk Tabung Gaza dan Pilihanraya."

Amat malang sekali DSAI tiba-tiba jatuh sakit walaupun diberitakan pada sebelah petangnya beliau sihat walafiat. Mungkin beliau tidak menjangkakan kehadiran warga Shah Alam dan Selangor umumnya jauh menepati sasaran yang diharapkan. Apatah lagi pengiklanan dan promosi telah dilakukan hampir seminggu. Pentas dan banner-banner promosi telah dinaikkan dua hari lebih awal.

Terlanjur YB Rodziah menyebut mengenai kutipan tabung "tin milo"  pada malam itu, penulis ingin bertanya, berapa banyakkah dana tabung itu yang berjumlah RM7,140 diperuntukan untuk Tabung Gaza dan berapa banyak pula digunakan untuk berjoli di dalam pilihanraya.

Mungkin Rakyat telah penat dan muak terutama dengan laporan yang dibuat oleh ABC News terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap surat yang diberikan kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta pertolongan beliau bagi menghadapi PRU-13. Beberapa bulan lalu, Pengerusi Bersih,sebuah organisasi yang dikatakan berjuang untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, Ambiga Sreevenasen telah ke Australia untuk membuat perkara yang sama. Dia telah meminta agar kerajaan Australia mengawasi pilihanraya di Malaysia.

Permintaannya telah ditolak. Menurut ABC news, Carr telah menolak permintaan mereka sebanyak empat kali. Nampaknya Anwar tidak faham akan maksud 'tidak'. Mungkin itulah sebab mengapa dia dibicarakan sebanyak dua kali dalam kes liwat.
Walaupun Anwar akhirnya akur dengan pendirian Carr, itu tidak menghentikan dia dari merosakkan cubaan untuk memburukkan imej kerajaan. Namun usaha beliau untuk memburukkan Kerajaan terbantut apabila Rakyat Selangor sendiri muak untuk menghadiri sessi ceramah beliau.

Anwar mempunyai cita-cita dan ego yang terlalu besar yang tidak memungkinkan dia untuk berputus asa. Anwar ingin menjadi seseorang yang paling berkuasa di Malaysia. Untuk mencapai cita-cita tersebut, Anwar perlu menjatuhkan kerajaan terlebih dahulu. Dia pasti boleh berjaya dengan jumlah dana misteri yang banyak diterima sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat sering mendapat bantuan dari pihak kerajaan melalui subsidi-subsidi yang diberikan kepada mereka. Keamanan, keselesaan dan makanan adalah beberapa perkara yang dianggap sebagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat berbanding dengan negara-negara lain. Inilah yang membuatkan Anwar berang kerana dia tidak mampu untuk mengatasi pihak kerajaan dalam pilihanraya kerana kerajaan telah menjalankan kerja yang baik. Tahniah Rakyat Shah Alam kerana tidak hadir memberi sokongan semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads