Ahad, 25 November 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: Masuk <b>di Sungai</b> Golok/Su-Ngai Kolok

Posted: 24 Nov 2012 01:15 PM PST


Alhamdulillah ..... Allah permudahkan segala urusan kami,untuk perjalanan/trip kali ini kami membawa ahli keluarga bercuti ke Thailand ketika cuti perayaan tahun baru cina yang lepas.Dari kampung kami Melor,Kota Bharu ke Rantau Panjang tidaklah jauh sangat bagi kami melepasi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok. Kalau dulu jambatan ini dikenali sebagai "Harmony Bridge".Jambatan yang dibina atas dasar kerjasama jalinan erat ini pada Mei,1973 sudah 39 tahun lepas.Ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein Al-Haj,manakala Perdana menteri Thailand ketika itu pula ialah Field Marshal Thanom Thanom Kittikachom....maaf belajar sejarah sekejab.Awal pagi lagi kami sudah beratur untuk cop pasport di Imigresen Sungai Golok.


Ramai yang melalui "Harmony Bridge" - 24 kaki luas permukaan jalan dan 7 kaki lebar dikhaskan untuk laluan pejalan kaki.Untuk pengetahuan pembaca pejabat Imigresen Sungai Golok sekarang sudah berwajah baru.

Kebetulan pula,pagi kami bertolak ramai di pejabat imigresen. kenalah beratur panjang. termasuk si cilik pun kena beratur.Kalau imigresen Malaysia tak perlu beratur hanya hulur passport melalui cermin kereta saja.

Siap isi kad putih beratur mengambil giliran untuk cop passport secara individu. Saya ambil gambar secara sembunyi,maklumlah tidak dibenarkan ambil gambar di sini.Tapi sebab nak buat kenang-kenangan kenalah pandai-pandai usaha ambil gambar.Abe Mat dah di depan kaunter nak cop passport si cilik Mila.

Pandai pula si Mila depan staf imigresen Thailand. Serius je mukanya.

Selesa bangunan imigresen Sungai Golok yang baru ini. Dalam bangunan yang sama turut disediakan kemudahan asas buat pelancong.Selesai di sini....jom! bertolak ke Hat Yai.

Bandar Hat Yai merupakan bandar yang terbesar di selatan Thailand. Ianya merupakan bandar yang tersohor di kalangan pelancong khususnya dari Malaysia. Lokasinya terletak dalam wilayah Songkla.Perjalanan dari Sungai Golok ke Hat Yai sebenarnya memakan masa selama lebih kurang 3 jam saja,itu pun tanpa hentian di pertengahan jalan dengan kelajuan kenderaan yang tidak laju sekitar 100-120km/jam.Kalau di Malaysia sekolah bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina

Tetapi di Thailand sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa.Tengok tu....murid sekolah !

Kami konvoi 2 buah kereta.Berhenti di pertengahan jalan untuk makan tengahari sebelum masuk Bandar Hat Yai.Tidaklah laju kami memandu sebab kami sekadar ingin bersantai bersama keluarga,sambil menikmati pemandangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads