Ahad, 25 November 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Kaum India tiada IC &#39;duduk bantah&#39; depan JPN 12 Disember <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR 24 NOV: Pakatan Rakyat mengulangi hasrat mengadakan himpunan 'duduk bantah' di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 12 Disember ini.

Ia bertujuan  menuntut kerajaan menyelesaikan masalah kira-kira 300,000 masyarakat India yang masih tidak memiliki kad pengenalan.

Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, masyarakat India sudah  lama meminta kesengsaraan mereka diakhiri dan dan hak mereka diberi tapi

 tidak dilayan pihak berkuasa.

"Ini  tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

"Mereka sengaja langgar hak (masyarakat India) yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan nyatakan sesiapa yang lahir di Malaysia, secara automatik akan jadi warganegara. Jangan cakap mereka tak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung satu lagi kes sama di Balai Polis Jalan Travers, semalam.

Ia melibatkan keluarga Letchumy A/P Suppiah lahir di Tanjung Sepat, Selangor pada 23 Mei 1943 yang hanya diberi kad pengenalan merah (penduduk tetap).

Dua anaknya, Sivamalar dan Sarojini pula tidak memiliki sebarang kad pengenalan hingga menyebabkan Sivamalar tidak bersekolah manakala Sarojini dihalang dari mendaftar perkahwinannya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40058

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads