Sabtu, 15 Disember 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Pusat Servis 3S terbaru Ford kini dibuka <b>di Ampang</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 05:02 AM PST

Ford 3S Ampang Exterior 1.jpg Pusat Servis 3S terbaru Ford kini dibuka di Ampang, Selangor

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Disember 2012 – Ford Motor Company, menerusi rakan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion, hari ini mengumumkan pembukaan sebuah lagi Pusat Servis 3S baru yang bertaraf dunia di Ampang.  

Terletak di lokasi strategik di Jalan Ulu Kelang, kemudahan baru ini adalah sebahagian daripada strategi perkembangan Ford untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan kepada pemilik kenderaan Ford yang semakin ramai di Malaysia.

Pusat 3S baru yang dikendalikan oleh Trio Mantap Sdn Bhd ini menempatkan sebuah bilik pameran, pusat servis dan jabatan alat ganti. Dengan pembukaan kemudahan ini, Ford sekarang mempunyai rangkaian 45 pusat servis di seluruh negara yang menawarkan khidmat jualan dan servis.

Kemudahan yang baru dinaik taraf ini mempamerkan Ford Focus serba baru yang memenangi anugerah dan Ford Ranger serba baru, dan juga Ford Fiesta yang semakin popular.

Ford 3S Ampang Plaque Signing.jpg Pusat Servis 3S terbaru Ford kini dibuka di Ampang, Selangor

"Pertumbuhan rangkaian produk Ford yang serba baru, pintar, cekap guna minyak di Malaysia adalah selaras dengan usaha kami untuk terus menambah baik tawaran perkhidmatan pelanggan kami," kata David Westerman, pengurus serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford.  "Pusat 3S baru ini akan memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan servis penuh yang menyenangkan dan boleh dipercayai di Ampang dan sekitar Ulu Kelang."

Westerman menambah: "Ternyata pelancaran pusat servis baru ini menunjukkan Trio Mantap berkongsi wawasan kami untuk membuat pelaburan selanjutnya dalam Ford di Malaysia. Ini adalah hasil pakatan perkongsian yang kukuh kami dan kejayaan yang dicapai oleh pengedar kami di pasaran negara ini."

Trio Mantap mengatasi rekod pencapaiannya sendiri pada tahun ini dengan kenaikan jualan setinggi 45 peratus. Dengan pelancaran baru ini, Trio Mantap kini mempunyai sejumlah empat bilik pameran di seluruh negara.

Pusat 3S baru ini mempunyai bilik pameran yang boleh mempamerkan sehingga enam kenderaan, bilik menunggu untuk pelanggan yang menyediakan kemudahan Wi-Fi percuma dan kemudahan lain yang selesa untuk memenuhi keperluan pelanggan.  Pusat servis di sebelahnya, yang dibuka enam hari seminggu, menempatkan peralatan diagnostik terkini dan juruteknik Ford yang terlatih.

Ford 3S Ampang Service Area.jpg Pusat Servis 3S terbaru Ford kini dibuka di Ampang, Selangor

Pelanggan Pusat 3S baru di Ampang ini juga akan mendapat waranti lima tahun dan memanfaatkan Pelan Servis Lanjutan (ESP) yang disediakan Ford, yang menawarkan ketenangan fikiran di samping membantu pelanggan menjimatkan kos dan meningkatkan nilai jualan semula kenderaan mereka.

Pusat 3S baru ini juga mengambil bahagian dalam dua kempen promosi Ford seluruh negara. Promosi Tawaran Hebat Ford (Ford Big Deal menawarkan insurans kereta, cukai jalan dan yuran pendaftaran kereta percuma1 bagi model Ford terpilih yang ditempah dan didaftarkan antara sekarang hingga 31 Disember 2012.

Di samping itu, pemilik Ford yang menyertai promosi Ford Service Extravaganza di kemudahan baru ini akan ditawarkan pemeriksaan kesihatan kenderaan 20 titik percuma serta diskaun 10 peratus untuk alat ganti.  Pelanggan pusat servis yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit juga layak untuk menyertai peraduan yang membolehkan mereka memenangi peralatan terkini termasuk telefon pintar, komputer tablet dan sistem GPS.

Promosi Ford Service Extravaganza bertujuan untuk membantu pemandu dan keluarga mereka menjamin keselamatan di jalan raya, terutama kali pada musim cuti sekolah hujung tahun dan musim perayaan yang akan datang.  Promosi ini berakhir pada 28 Februari 2013.

Ford 3S Ampang Exterior 2.jpg Pusat Servis 3S terbaru Ford kini dibuka di Ampang, Selangor

Sementara itu, pelanggan yang membeli dan menerima Ford Focus serba baru menjelang 31 Disember layak untuk menyertai Cabaran Ford Focus Serba Baru untuk merebut hadiah utama – Ford Focus serba baru (sedan Titanium 4-pintu).

Kekuatan Pertumbuhan dan Komitmen Ford

Di Malaysia, Ford mencapai prestasi luar biasa pada 2011 dengan keputusan tahunan terbaik sejak 1997. Jualan runcit melonjak 145 peratus berbanding tahun sebelumnya, didorong oleh kejayaan besar Ford Fiesta, yang telah meraih jualan sebanyak 8,200 unit setakat ini, sejak dilancarkan pada 2010.

Pada bulan Oktober tahun ini, Ford mencapai satu lagi prestasi jualan yang memberangsangkan dengan jualan 902 unit kenderaan Ford – angka paling tinggi dalam satu bulan sejak tahun 1991.

Ford terus merombak rangkaian produk dan berpegang teguh kepada komitmennya untuk terus membawakan produk dan perkhidmatan One Ford bertaraf dunia dalam jangka panjang. Dalam tempoh 18 bulan akan datang, Ford akan melancarkan enam produk baru dengan lapan rangkaian kuasa yang baru ke pasaran Malaysia, termasuk teknologi EcoBoost dan teknologi diesel terkini yang dipelopori di Eropah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads