Rabu, 5 Disember 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


VALUES OF LIFE: Wedding <b>Di Kajang</b> Pula

Posted: 04 Dec 2012 09:01 PM PST


Dari Majlis Jemputan Perkahwinan yg pertama
menuju pula jemputan kedua

Dalam perjalanan hujan punya lah lebat,
sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang
tapi sampai jer ke kawasan perumahan
cuaca cantik, kering...tak ada hujan setitik pun
Huishhhhh...betul2 rezeki tuan rumah
kalau tidak haru lah sikit..basah2 sana sini..
pengantin berarak dan berkompang semua kena berpayung
Alhamdulillahhhh...

Sampai di rumah Majlis Perkahwinan dah pukul 4 lebih
masih sempat  lagi sebab  jemputan sampai pukul 5 ptg
Bukan auntie ajer yg datang time macam gitu
ada lagi tetamu sampai selepas auntie
mungkin juga macam auntie dari kenduri yang lain

Jemputan Majlis kenduri ni dari ex opismate auntie
since way back in early 90's..lama dah kenal dia
dari dia bujang sampai lah sekarang dah anak 7 orang,  hik3
Walaupun dah lama kenal, tiada hubungan darah
dia masih berhubung rapat dengan keluarga auntie
hampir setiap bulan dia datang visit auntie kat rumah
Auntie terasa amat terharu, berkali2 dia ajak kerumah
dia, kerana dia tahu auntie suka makan masakkan Negri9
lemak cili api..huhuhuhu
tapi auntie tak pernah sampai rumah dia..

Majlis kawin ni, anak lelaki nya yang sulung..
Muhammad Qayyum baru berumur 22 tahun
Auntie dan uncle mesti pergi  utk jemputan ini..
dengan izinNya, auntie sampai juga..
Alhamdulillah..

Parking dekat dengan khemah
dah tak banyak kereta..
Alhamdulillah..


Auntie dipimpin oleh Ayol untuk berjumpa  tuan rumah

Kuih muih yang dah 'kelisin' (habis)

Ayol tolong ambilkan utk Papa dan Mamanya


Auntie adap kuih dan jeruk2, 
konon2 dah kenyang tak nak makan nasi lagi
Terfikir..rugi kalau tak makan, 
tadi masa lalu kat depan buffet, ada nampak lauk yg berkenan..hik3x
Huishhhh...lauk pauk semua best2 yang dimasak sendiri
 oleh kaum keluarganya dari kampung
Lemak cili api nangka + ikan kering
Sambal tumis sotong kering
Menantu seorang peguam - Norharyati binti Pawanteh



Motip ambil gambar nih? difahamkan pelamin dalam rumah
Uncle tak mau bukak kasut lah tu..tak mau masuk
Tak perlah..bukan auntie bayar pun uncle utk jadi photog..hahahaaha
Hahhhh...tu dia Ayah Pengantin jengah sebelah auntie..hik3x
Lepas jengah auntie, ayah pengantin heret tangan ibu pengantin
dapatlah bergambar dengan uncle sekali..
Kepada Ayah dan Ibu Pengantin
Encik Jeffri bin Ab. Jalil dan Puan Nor Azlian binti Abu Hassan
auntie ucapkan tahniah dapat menantu
Alhamdulillah sampai rumah pukul 6 ++ sempat bersolat Asar

Ole2 dari Majlis Perkahwinan
Halwa Maskat dan bekas air
Moga pasangan pengantin bahagia menempuh alam perkahwinan..Aamiin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads