Rabu, 5 Disember 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Kes Sosilawati: Dua Peguam Bela Tarik Diri

Posted: 05 Dec 2012 01:27 AM PST


R. Kathavarayan dibawa keluar dari mahkamah setelah peguam-peguam yang mewakilinya menarik diri semasa prosiding di Mahkmah Tinggi Shah Alam semalam.

SHAH ALAM 3 Dis. - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya hari ini tiba-tiba menjadi kelam-kabut apabila dua peguam bela menarik diri daripada terus mewakili tertuduh keempat, R. Kathavarayan.

Peguam, Ravi Neeko mengemukakan permohonan tersebut dengan alasan keterangan yang diberikan oleh anak guamnya itu pada prosiding perbicaraan hari ini bercanggah dengan arahan yang diberikan sebelum ini.

Seorang lagi peguam yang mewakili tertuduh tersebut, Datuk Ng See Teong turut menyatakan permohonannya untuk menarik diri daripada mewakili saksi pembelaan keempat itu.

Neeko membuat permohonan terbabit selepas Kathavarayan, 32, atau turut dikenali dengan nama Ravi memberitahu mahkamah, pada 30 Ogos 2010, dia ada melihat tertuduh pertama, N. Pathamanabhan datang ke Ladang Gadong bersama-sama beberapa rakannya yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

Kesemua mereka tiba di ladang terbabit kira-kira pukul 7 petang dengan menaiki tiga buah kereta namun Kathavarayan memberitahu dia tidak ingat warna atau jenis kenderaan terbabit.

Tertuduh turut menyatakan ada di antara dua ke tiga orang rakan majikannya itu yang dikenalinya kerana pernah menemui mereka sebelum hari tersebut dan mereka berada di ladang terbabit sehingga lebih kurang pukul 8 malam.

Pada ketika ini juga, Pathmanabhan, 43, dan dua lagi tertuduh yang berada di kandang saksi dilihat tergamam mendengar keterangan Kathavarayan itu.

Pada prosiding terdahulu, Pathmanabhan menafikan dia berada di ladang terbabit pada 30 Ogos 2010 dan perkara sama turut dinyatakan oleh T. Thilaiyalagan, 21, dan R. Matan, 22, ketika memberi keterangan.

Saksi pembelaan itu berkata demikian ketika disoal oleh Nekoo sewaktu membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Kathavarayan didakwa bersama Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Matan melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Mendengar keterangan terbabit, Neeko kemudian meminta mahkamah berhenti rehat selama lima minit dan beliau kemudian dilihat berbincang bersama-sama peguam-peguam bela yang mewakili tertuduh-tertuduh lain.

Barisan pembelaan dan pihak pendakwaan kemudian dilihat memasuki kamar Hakim Datuk Akhtar Tahir.

Neeko kemudian menyatakan hasratnya itu selepas mahkamah kembali bersidang dan Kathavarayan dilihat tenang ketika jurubahasa menjelaskan kepadanya bahawa peguam bela terbabit ingin menarik diri daripada mewakilinya.

"Saya telah mendengar alasan kamu (peguam) dan walaupun saya mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan permohonan ini namun saya rasa adalah tidak wajar untuk meminta kamu terus mewakili tertuduh, maka saya benarkan permohonan tersebut," ujar hakim tersebut.

Hakim terbabit kemudian meminta jurubahasa menjelaskan perkara itu kepada Kathavarayan memandangkan pertuduhan yang dihadapinya membawa hukuman mati, dia boleh melantik peguam baharu atau meminta mahkamah melantik peguam bela bagi dirinya atau meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran peguam bela.

Tertuduh terbabit itu menyatakan dalam bahasa Tamil, dia tidak dapat berbuat keputusan pada masa tersebut memandangkan dia juga tidak berapa sihat namun bersedia memberikan jawapannya pada sebelah petang.

Namun, Hakim Akhtar memutuskan untuk memberi masa sehingga pagi esok kepada tertuduh itu untuk membuat keputusan dan turut memerintahkan Kathavarayan diasingkan daripada kesemua tertuduh bermula dari proses menghantarnya pulang ke lokap dan penjara sehingga pagi esok.

(Sumber Dari UTUSAN 05/12/2012)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads