Rabu, 5 Disember 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Wanita Hidap Ketumbuhan Dapat Perhatian Pusat Khidmat DUN <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 10:52 PM PST

30 11 2012

Parit 4, 29 Nov : Penderitaan yang ditanggung oleh Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang menghidap penyakit ketumbuhan dibahagian IMG_1269perut, bahagian belakang bahu kanan dan bawa peha kanan sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong.

Ibu kepada dua orang anak dan tinggal di Kampong Parit Empat, Ban Tiga Sekinchan, berkata penyakit tersebut dihidapinya sejak berusia empat tahun dan ia semakin membesar terutamanya selepas dia berkahwin lapan tahun lalu.

Akibat daripada penyakitnya itu, beliau juga mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Setiap malam beliau hanya tidur kira-kira tiga jam sebelum terjaga kerana bahagian ketumbuhannya itu akan merasa kebas.

IMG_1274Berat badannya kini meningkat hamper 130kg dan berat ketumbuhannya itu sahaja dianggarkan sebanyak 60kg.

"Saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh beberapa tahun lalu dan pihak hospital memaklumkan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan kos RM50,000. Tetapi dengan pendapatan suaminya, Hassan Zakaria, 47, sebagai pengawal keselamatan sekolah di sini, tidak mampu untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga termasuk dua anak perempuannya iaitu Nurul Hasanah Sathiah dan Nurul Hasanah Faziha"

Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Burong, Norsidah Samat, berkata, kami berusaha untuk membantu keluarga Rohaya bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Kami sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Rohaya, dan akan cuba membantu dengan segera.

Isteri Menteri Besar Bantu Wanita Hidap Ketumbuhan « PKM <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2012 12:41 AM PST

P1020994Sungai Buloh, 5 Dis : Nasib seorang wanita yang menghidap ketumbuhan di beberapa bahagian di tubuhnya yang telah disiarkan oleh akhbar Harian Metro dan blog Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Rohaya Mohamed Ariffin, 41, telah mendapat perhatian daripada isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), telah berkesempatan melawat Rohaya di wad khas Hospital Sungai Buloh untuk melihat sendiri penderitaan yang ditanggung oleh Rohaya sejak berusia empat tahun.

Rohaya akan menjalani pembedahan untuk membuang salah satu ketumbuhan yang ada di bahagian punggungnya pada 7 Disember ini sebelum pembedahan lain dilakukan oleh pihak hospital selepas ini.

Rohaya yang ditemani suaminya, Hassan Zakaria, 47, melahirkan rasa syukur diatas kerana penderitaan yang ditanggung selama ini telah mendapat perhatian daripada isteri MB Selangor dan PKM DUN Sungai Burong serta Pusat Khidmat Rakyat (PKR) DUN Permatang.

Menurut Salbiah, buat masa ini kos rawatan masih belum ditentukan lagi oleh pihak hospital, kerana menurut doktor pakar yang akan membuat pembedahan tersebut, pihak hospital akan melakukan pembedahan terlebih dahulu dan P1030002kosnya akan ditentukan kemudian.

Pihak hospital juga, menurutnya, akan berbincang dengan Jabatan Khidmat Sosial hospital dan juga pihak MB Selangor untuk berbincang mengenai kos rawatan tersebut.

Sementara itu Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Burong, Norshidah Samat, berkata, Kami sangat mengambil berat tentang masalah ini dan akan berusaha untuk membantu Rohaya sedaya upaya, begitu juga jika terdapat kes-kes kritikal lain yang memerlukan perhatian serius daripada pihak kami.

Turut mengiringi isteri MB Selangor itu ialah, Pegawai Penyelaras PKR DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Tanjong Karang serta Naib Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Sahibul Akmar Abdul Kudus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads