Khamis, 6 Disember 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Mayat Lelaki Dipercayai Dibunuh Ditemui <b>Di Klang</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Nov 2012 03:09 AM PST

KLANG – Polis menemui mayat seorang lelaki, dipercayai mangsa bunuh, dengan kesan tikaman di punggung dan kecederaan di kepala berhampiran sebuah taman permainan di Jalan Hulubalang 26, Taman Sentosa di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai T.Sivanegan, 36, ditemui beberapa penduduk yang melalui lokasi kejadian pada kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan dan samun.

"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki terbabit, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, terlibat dalam pergaduhan dengan beberapa individu ketika kejadian itu," katanya kepada pemberita.

Mohamad berkata pihaknya dimaklumkan seorang daripada rakan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat cedera parah di kepala.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar mangsa dibunuh dan kejadian gaduh membabitkan mangsa, selain menjalankan gerakan untuk mengesan suspek lain dalam kes itu.

"Kita juga akan mengambil keterangan rakan mangsa yang sedang dirawat di HTAR bagi mengetahui kejadian sebenar untuk membantu siasatan," katanya sambil menambah siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohamad berkata mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Roboh Gerai Penjaja Melayu <b>Di Klang</b> - Zalimnya Kerajaan PR <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 12:43 AM PST


Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads