12 di morib - Google Blog Search |
Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Gold Coast <b>Morib</b> Banting Posted: 23 Nov 2012 05:51 PM PST Assalammualaikum.. Anak buah akak dah pergi ke Gold Coast Morib Malaysia...dia kata best gi sini. Anak akak yang masih bersekolah tu tak sabar nak gi. Akak kena tunggu cuti sekolah sebab Ira ni duk asrama..ada ajer program sepanjang masa persekolahan. Bila dorang tenguk ajer taman tema ni semua dah syok terutama Imran tak sabar nak gi masuk dalam air. Akak ambil pakej yang tak sampai pun RM200.00..kira oklah untuk kami bertiga. Suami dan anak-anak lelaki tak leh join sebab dorang tak leh cuti. Tempat ni masih baru lagi...puas hati gak dapat bilik camni..kami pergi 3 orang ajer..jadi sambungkan ajer katil ni..memang muat. Imran cam tak pernah tenguk jakuzzi..salah satu kelebihan kat sini.. berendamlah sampai kembang segalanya Bila Imran dan Ira dah gi sini..akak cuma duk kat atas ajer..ambik gambar sambil perhati ragam orang yang mandi manda di tingkat 4.Walau kat bilik mana kita tidur..dari balkoni memang pemandangan kat taman tema ni. Klau nak main slide yang tinggi warna biru tu kena pakai baju mandi..kalau pakai baju t shirt dan seluar track tak di benarkan..mandi manda ajerlah kat bawah..tapi kat slide rendah ni boleh pulak. Beli ajer baju renang muslimah. Kat tepi pantai ..tak banyak aktiviti ...mandi manda pun cam payah ajer..sebab air jauh sangat Sebelum pulang akak paksa dorang masuk ke taman tema..suruh ambik gambar. Oh ya..masa check in dorang akan kasi sticker nak pakai kat tangan untuk masuk ke taman tema ni..sticker ni termasuk dalam pakej bilik.Jangan buka/cabut/potong sebab nanti nak masuk keesokannya tak boleh. Kena bayar lagi tau..orang dewasa RM30.00 dan untuk kanak-kanak RM20.00..buat aper nak membazir bayar sampai 2 kali kan. Nasib baik akak tanya masa check in. Oleh sebab akak takut nak keluar pada waktu malam sebab tak orang lelaki dewasa akak siap-siap bawa bekal dan beli pizza. Sarapan pagi pun termasuk dalam pakej..kira oklah juga. Terletak di Morib tak jauh dari Pekan Banting. |
You are subscribed to email updates from di morib - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan