Rabu, 26 Disember 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Ibu Tunggal Diperdaya &#39;Pegawai PPD&#39; <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 21 Dec 2012 12:00 AM PST

KUALA SELANGOR – Tanpa berfikir panjang, seorang ibu tunggal enam anak menyerahkan RM200 dan Netbook 1Malaysia milik anaknya tanpa menyedari dia diperdaya lelaki menyamar pegawai Pejabat Pelajaran Daerah yang menawarkan pakej pembelian komputer dengan harga rendah.

Sekmah Shaik Mohamad, 52, berkata, dia tidak menyangka lelaki Melayu berpakaian kemas dan bertubuh gempal yang menggunakan surat dari PPD bagi membuat kaji selidik menawarkan komputer dalam kalangan ibu tunggal dan orang susah adalah seorang penipu.

"Lelaki itu datang sekitar jam 10 pagi, 14 Disember lalu dan terus memperkenalkan dirinya Ibrahim mewakili PPD Kuala Selangor yang sedang membuat kaji selidik bagi membantu ibu tunggal celik IT.

"Saya beritahu ibu tunggal hidup tidak sesenang mana kerana perlu menanggung segalanya namun katanya pakej ditawarkan amat berpatutan dan rendah kerana hanya perlu membayar RM50 ke RM75 sebulan," katanya.

Sedar tertipu

MENURUTNYA yang bergantung hidup hasil jualan surat khabar dan majalah di Kondo Rakyat, Pantai Dalam, lelaki itu menunjukkan surat ditandatangan Penolong PPD Latihan, PPD Kuala Selangor, Mohd Zakir Masdar selain melihat ayat 'Dilulus Yang Dipohon' tertera PPDKS 02/05/002/ SEK REN 2012.

"Justeru itu, saya mempercayainya kerana sebelum itu pun, saya pernah bertanya adakah ini semua satu bentuk penipuan atau bagaimana, tetapi dia terus menjawab adalah berdosa baginya sebagai Muslim untuk menipu sesama Islam.

"Setelah yakin, saya kemudiannya memilih dua komputer riba untuk kegunaan anak lalu menyerahkan RM200 sebagai bayaran pendahuluan dan dimaklumkan komputer termasuk Netbook 1Malaysia itu akan diserahkan pada waktu tengah hari," katanya yang turut menerima bil tunai tertera nama sebuah syarikat beroperasi di Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Sekmah berkata, dia menghubungi lelaki terbabit pada tengah hari berkenaan tetapi panggilan tidak dijawab.

"Apabila saya kelihatan seperti orang bingung, seorang jiran menawarkan air dan sebaik meminumnya, barulah saya seakan sedar apa yang terjadi.

"Saya kemudian mengatakan kepada anak-anak, sah saya sudah ditipu," katanya.

Difahamkan, siasatan ke atas nombor telefon 03-404482XX di TM Directory atas bil tunai, tertera nama syarikat tidak berdaftar dan nombor terbabit milik syarikat lain.

Menurutnya, penipuan itu perlu didedahkan bagi menggelakkan lebih ramai ibu tunggal menjadi mangsa tipu helah lelaki terbabit.

"Saya mahu ia jadi teladan kepada suri rumah lain yang mungkin akan diperangkap dengan modus operandi sama.

"Mungkin ada individu lain terkena dan saya nasihatkan jika didatangi lelaki mengakui wakil PPD yang menjual komputer riba pada harga rendah, itu semua penipuan.

PPD Kuala Selangor nafi edar borang komputer

SEMENTARA itu, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Selangor menafikan ada mengedarkan borang didakwa seperti digunakan lelaki itu bagi membuat kaji selidik menawarkan pembelian komputer.

Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah, MT Saafien Kassim berkata, merujuk borang digunakan, itu sebenarnya borang pertukaran sekolah iaitu Jadual Ketiga (Sub Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke
Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid  Belajar di Sekolah) 1998.

"Namun ia diubah suai seolah-olah PPD Kuala Selangor memberi kebenaran kepada syarikat ini membuat kaji selidik dan menawarkan pembelian komputer pada harga rendah kepada ibu tunggal dan miskin.

"PPD Kuala Selangor tidak pernah mengeluarkan sebarang pembelian, kaji selidik atau sebarang perkara berkaitan dengan semua ini dan penyamar ini cuba mempengaruhi suri rumah yang kurang arif mengenai borang dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, bidang kerja PPD Kuala Selangor tiada kaitan dengan pembelian atau tawaran atau pemberi kebenaran membeli komputer malah Unit ICT juga tidak akan menjalankan kaji selidik.

"Sebaliknya ia bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran dan PPD hanya memanjangkan arahan yang datang daripada kementerian.

"Siasatan ke atas pegawai yang dikaitkan itu menafikan ada menandatangani surat memberi kebenaran menjalankan kaji selidik ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati supaya tidak terpedaya dan menjadi mangsa penipuan seperti mana dilakukan lelaki terbabit.

Terkejut nama digunakan menipu ibu tunggal

DALAM pada itu, Mohd Zakir Masdar berkata, dia begitu terkejut apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk menipu masyarakat termasuk ibu tunggal.

Menurutnya, tidak tahu menahu mengenai perkara itu, malah beliau kini tidak lagi bertugas di Bahagian Latihan dan bertukar ke Unit Kualiti pada September lalu.

"Ketika memegang jawatan di unit latihan, bidang tugas kerja saya merangkumi latihan bagi pegawai, guru dan kakitangan sokongan selain diberi kebenaran hanya untuk menandatangani borang pertukaran sekolah.

"Ini kali pertama nama saya digunakan individu tidak bertanggungjawab yang bertindak meminda borang asal," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor 19 Disember lalu.

Beliau berharap orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan seumpama itu.

Sinar Harian dimaklumkan mana-mana individu yang ingin memasuki sekolah perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran dan PPD tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran.

Apa Komen Anda Mengenai Berita Ini?? Mari Kongsikan Bersama Kami Dengan Meninggalkan Pendapat & Kritikal Bernas Anda Di Ruangan Komen.

Search terms:

,,pertukaran sekolah online murid ppd di selangor

ΛΓΓОƲЄРЄΛСЄ™: &#39;Digangu&#39; Ketika Memandu <b>Di Kuala Selangor</b>

Posted: 25 Dec 2012 09:42 PM PST

Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik antar KL-JB-KL pada setiap hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika baru 6 tahun..so senang lah nak pontengkan mereka.
Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam Jumaat. Mama dan standby esok pagi2 nak bertolak ke JB. So malam tu hubby kena settlekan mana2 kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul 10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu. Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di sana. Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kannak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah. Iki dan Ika dan tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru…baru ambik dalam 2-3 hari lepas cam tulah…teringin pulak nak jenjalan malam2 kan.
Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor. Drisebabkan dah jauh malam, lahu jer kami sampai. Tak sampai 1.5 jam dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.
Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belaKang. Kebetulan Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui peKan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai ke SImpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Bt Arang tu lamPu jalan dan mula berkurangan. Sampai le akhirnya langsung tak ada lampu jalan.Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dan..dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2. Mama pulak tak semena2 boleh terkelaur dari mulut " ehhhhh bau apa ni busukkknya"…Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap " busuknyaaa". Hubby cuma jawab..bau dari kilang sawit tu. Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.
Mama perasan hubby tekan minyak semakin laju. Dah ler jalan tu selekoh tajam semuanya. Hubby pulak makin kuat dia baca selawat, istghfar dan berzikir. Mama tak ada lah rasa pelik, sebab selalu dia buat cam tu, terutama kalau dia mengantuk bawak kereta tu. Tapi kali ni dia baca bukan cam selalu…selalu tu macam nak dodoikan anak2 tidur tapi kali ni agak kuat ,keras dan garang suaranya.
Kereta dipandu semakin laju. Kecut gak perut Mama. Selekoh tajam pun hubby bawak laju, nak sambung lena pun tak boleh. Kat kiri kanan jalan jangan cakaplah..tak nampak apa pun. Hanya kesuraman dan kegelapan malam. Takut pulak rasany anak pandang ke kiri dank e kanan. Sampai senget2 badan mama nak imbangkan.
Tiba-tiba…a " gedebummmmmmmmmmm….brapppp…brapppppppppp….."
Alamak bunyi apa tu…..bruzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kereta terus berjalan terhoyong hayang dan gelong ke kanan. Hubby tekan brek megejut dan berhenti di tepi jalan. Ehhhh apa dah jadi ni. Mama yang hampir2 mamai tu blur sekejap. Pandang kiri kana hutan belantara. Ada pokok2 getah di kiri kanan jalan. Sebelah kiri mama bila mama pandang ke luar..namak gaung yang curam. Relex jap….Hubby perlahan2 buka pintu kereta dan keluar nak tengok keadaan. Mula2 mama cam tak bagi jer dia keluar…tapi kalau tak kelaur camana nak tau apa jadi kan…dalam ahti dah syakkk dah….mesti tayar pancit ni…alamak….macam kes kebiasaan cerita2 seram kalau jalan malam2 kan…kalau skrg dah mcm citer Jangan Pandang Belakang ker..Karak ker..gitulah gamaknya.
Alamakkkkkk tayar kereta pancit pulak…dah lah keadaan gelap gelita. Tak nampak pun kalau nak tukar. Hubby ambik torchlight suluh ke tayar..flat habis……habis angin semua. Mama nak keluar tengok tapi hubby tak bagi. Hubby pun try nak tukar tayar tu lah. Gi belakang bukak bonet nak ambik spare tyre. Tetiba tersuluh pulak tayar belakang tu …astaghfirullahalazim….. tayar belakang pun pancit. Hilang habis angin. Laaa macamana ni spare tyre satu aje, tapi tayar 2 biji pancit. Cer tolong fikir sikit…
Masuk kereta kejap cari idea. Kebetulan time tu Iki nak terkencing sangat. Mama tak berani nak suruh dia pancut jer at luar tu. So apa idea erk..nak suruh pakai pampers dah tak muat plak kan. Lagipun mana ada bawak pampers. So tengok ada botol air mineral… hehehhe apa lagi..suruh dia masuk "anu dalam botol" ajelah…betul2 anu dalam botol ni ler…lepas habis hajat dia tu, mama simpan dulu botol tu, takut nak campak kat luar pulak. Kot2 terkena pulak rumah nenek kebayan kea pa.kan nyaya pulak kan.
Dalam 10 minit duduk dalam kereta pasang lampu kecemasan…tak ada pulak kereta nak berhenti. Memang tak banayak kereta lalu jalan ni yang semua orang maklum laluan ni agak keras waktu malam. Cuba nak call, tapi hp tak ada coverage pulak. Yelah tengah2 hutan kan. Mati akal sekejap. Last2 hubby keluar berdiri tepi kereta cuba nak tahan kereta yang lalu, tapi semua tak nak berhenti. Mungkin diaorang pun takut nak berhenti tgh malam buta kat tepi hutan cam ni, Ntah orang jahat ker ntah hantu ker pada fikiran diaorang ni agaknya. Akhirnya bila dah lama tak de kereta nak berhenti, Mama pun ikut keluar kereta. Sambil dukung Ika, dengan harapan adalah kereta nak berhenti kalau dia nampak bawak budak kecik ni. Cuma terfikri pulak kot2 tak jadi pulakorang nakberhenti seba ingatkan hantu dukung anak kan. Alhamdulillah tak lama lepas tu ada sebuah kereta yang agak uzur berhenti. Lega rasanya. Ada 2 pemuda keluar dari kereta tu. Mama pulak yang rasa cuak..manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…
Ohhh rupanya 2 orang pemuda ni berniat baik nak bantu kami. Dia kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan yang "ala-ala keras" gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang jer mungkin dia tak berhenti kot..tapi dia nampak ada pompuan dan ada anak kecik..so dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat..walaupun keduan2nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor. Yelah spare tayar Cuma satu jer..Cuma apa yang dia boleh buat Cuma dia try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor tu dengan kain ke getah apa ntah gitulah…so boleh bertahan sekejap…so lepas dia buat kami jalan ler perlahan2..tak sampai 5 minit..angin dah habis balik..ulang benda yang sama…lama2 dah naik fedup..hubby lanyak jer kereta tu…lantak ler….tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bndr Tasik Puteri. Alahai jauhnya…..
Sampai dekat tempat yang ada liputan..call kawan dia yg dok kat Tasik Puteri..tapi sayang..dia pakai kereta Nissan..tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir kul 2.30 pagi..nak call orang pun dah dinihari..bengkel semua dah tutup..akhirnya terpaksa gak calling kakak mama. Dia add kereta yg sama ngan kami…so nak pinjam tayar spare dia ler.tapi tak kan nak suruh dia hantar pulak tgh pagi buta tu..so hubby call adik dia kat Ampang..mintak tolong datang, dan ondway ambik spare tayar kat Gombak..
Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya…Tak leh nak tampal. Rim tayar nak rosak dah..agghhhh tak kisah ler janji boleh jalan….
Dalam perjalanan balik..barulah Hubby bukak cerita. Alkisahnya selepas melepas pekan Ijok tadi..dia tiba2 rasa meremang bulu roma dan cam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yg Mama dan Iki cakap bau busuk tu…diapun terasa sama..Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi cermin kereta, seklias pandanan dia ternampak. Tu yang dia berzikir, berselawat danbaca ayar- quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam rebut. Entah kenapa tiba2 tayar kereta mcam terlanggar lubang pulak. Mengikut cerita 2 orang makanik yg tolong kami tadi tu..dia hari2 berulang alik lalu jalan tu..memang tak ada lubang besar kat kawasan tu…so Waullahualam…….hanya Allah yang mengetahui.

Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi girulah kami sampai rumah. Huh itulah kisah suspen Mama. Tapi sekarang ni kalau nak ke Kuala Selangor tak perlua lagi melalui laluan sunyi cam ni…sekarang kan dah ada LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor)..laluan terang benderang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads