Rabu, 26 Disember 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


HOT! #IsuAirSgor: Kerajaan <b>Negeri Selangor Di</b> BIDAS Tak Jujur <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2012 04:38 AM PST

Walaupun kita menerima pelbagai berita mengenai betapa kritikalnya masalah air di Selangor, Namun Kerajaan Negeri Selangor masih lagi menafikan bahawa bekalan air di Selangor bermasalah. Malah LUAS mengatakan yang air mentah di empangan dan sungai di Selangor memuaskan!!

Bulan lepas, beberapa seksyen di Subang terpaksa di'catu' airnya, disebabkan takungan di Jalan Lapangan Terbang dan Bukit Dengkil menjunam ketahap kecemasan walaupun pada ketika itu Selangor hujan tiap-tiap hari.

Ini menunjukkan betapa kritikalnya bekalan air di Selangor. Baru ada permintaan lebih sedikit dari satu tempat, menyebabkan ditempat lain yang berdekatan terpaksa di'catu' bekalan airnya. Bukankah ini menyusahkan rakyat? Sampai bila kita nak biarkan perkara ini berlaku?

Kemudian kita didedahkan lagi dengan kisah siri gangguan air yang kerap berlaku di beberapa seksyen di bandar Subang Jaya, gangguan tanpa sebab hingga terputus bekalan air, walaupun dimusim tengkujuh.

Mungkin disebabkan itu, Ahli Parlimen kawasan Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat mempertikaikan kejujuran kerajaan Selangor dalam hal bekalan air mentah yang sedia ada, seiring dengan jumlah penduduk dan pertumbuhan industri, kerana sebahagian bekalan air mentah yang ada sekarang tidak boleh dirawat dan diguna penduduk.

"Kenapa kita perlu kelirukan rakyat dengan menggambarkan kita ada bekalan mencukupi?

"Kita memang tahu tidak semua bekalan air mentah yang ada boleh dirawat kerana mungkin ada kandungan logam dan ini mungkin menyebabkan anda berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan (perubatan)," katanya.

Tee Keat juga membidas kerajaan Selangor kerana tidak membentangkan 'angka meyakinkan' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mengakhiri perbalahan mengenai air, berkata, Selangor menghadapi dua isu air iaitu kekurangan bekalan air mentah dan kapasiti loji rawatan air.

"Anggota DUN pakatan pembangkang kata kita ada bekalan air mentah yang mencukupi kerana sekarang musim hujan dan semua empangan penuh.

"Hanya dengan mengatakan takungan penuh air tidak bermakna anda ada bekalan air mentah mencukupi. Kami mahu kerajaan negeri mengeluarkan statistik yang tidak bias agar tidak mengelirukan rakyat," katanya.

Betul cakap Tee Keat, kajian terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa keputusan. Ingat rakyat sekarang bodoh ke? Hari ni kolam kita penuh, tak mungkin esok turut penuh, kecuali kalau kita tak gunakannya.

Alasan yang diberikan macam budak-budak, nampak sangat exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil serius dalam isu air. Mereka ini seperti beruk dapat bunga, habis la lingkup negeri bila mereka memerintah.

Mc cabar Khalid gagap dan exco Kerajaan Negeri Selangor mendedahkan kajian terperinci mengenai air Selangor. Tunjukkan angka-angka yang menyakinkan, panggil pakar akademik dan pakar kajian yang tidak terlibat dengan politik. Kemudian bentangkan dan buat sidang media, baru orang yakin! Ada berani Khalid?

McTheory:

Kalau Khalid ada telor, dia akan berani buat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads