12 di puchong - Google Blog Search |
mi1: Cukai tanah tak bayar, skandal UMNO <b>Puchong</b> didedah, MCA <b>...</b> Posted: 20 Dec 2012 08:41 PM PST PUCHONG: Satu persatu skandal "Sapu Tanah 1Malaysia" di Selangor terbongkar dan yang terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh mendedahkan bahawa UMNO Puchong gagal membayar cukai tanah berjumlah hampir RM140,000 kepada Kerajaan Negeri Selangor. Hannah berkata, tunggakan cukai selama dua tahun itu membabitkan dua lot tanah iaitu lot 0073899 dan lot 0073900. "Masing-masing dengan tunggakan cukai RM26,935.50 dan RM110,869.20 dengan jumlah cukai taksiran berjumlah sekitar RM150,000. "Saya akan menulis kepada kerajaan negeri untuk pertimbangkan pilihan yang ada termasuk menguatkuasakan Akta Kanun Tanah Negara (KTN) yang membolehkan tanah itu dirampas." ujar beliau pada sidang media, semalam. Menurut Hannah, tanah milik UMNO Puchong itu adalah antara 24 bidang tanah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) dengan harga murah sewaktu mentadbir Selangor. Pada 6 Disember lalu, satu laporan berkaitan pembongkaran itu dibuat Pemuda DAPSY kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Hannah berharap SPRM segera bertindak menyiasat isu itu. Walaupun UMNO-BN mendakwa tanah yang mereka milik itu untuk membangunkan pusat kegiatan masyarakat, sebaliknya kedua-dua bidang tanah itu masih kosong dan tidak sama seperti yang pernah didakwa sebelum ini. MCA, Gerakan juga ada tanah di Puchong Pada sidang media itu, Hannah juga mendedahkan maklumat tanah milik MCA dan Gerakan di Puchong. "Maklumat itu diperoleh melalui carian rasmi di pejabat tanah dan daerah." jelas beliau. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang turut sama pada sidang media itu mencabar MCA dan Gerakan membuktikan tanah yang mereka perolehi itu dimanfaatkan untuk rakyat. "Saya cabar mereka buktikan tanah yang dimiliki mereka itu diguna untuk masyarakat." kata Gobind yang juga Penasihat Biro Guaman DAP. Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lin turut mempertikaikan kerana sudah lebih sebulan UMNO-BN tidak memberi apa-apa jawapan mengenai perkara itu. "Kami juga menuntut Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menjawab dan menjelas kedudukan sebenar sehingga membolehkan UMNO-BN membeli tanah berkenaan dengan harga begitu murah iaitu RM1 sekaki persegi." ujar Swee Lin. Beliau yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor berkata, sekiranya BN gagal menjelaskan kepada umum, mereka hilang autoriti moral untuk bercakap soal ketelusan.- Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from di puchong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan