Khamis, 13 Disember 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Ibubapa Gembira Anak Terpilih Jom Shopping TAWAS « PKM <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 10:47 PM PST

3 12 2012

Tanjong Karang, 2 Dis    :     Seramai 168 orang anak-anak daripada 331 orang yang telah didaftar melalui Tabung 921_396827087060311_578790909_nWarisan Anak Selangor (TAWAS) telah menyertai program Jom Shopping TAWAS di pasaraya Billion Tanjong Karang dan melibatkan empat Dewan Negeri (DUN) iaitu Sungai Burong, Sekinchan, Permatang dan Malawati.

Seorang ibu, Azura Misri, ketika ditemui berkata, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menganjurkan program ini dan mengharapkan supaya program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Manakala bagi Mohd Azman Abd Azis, juga turut melahirkan rasa gembira dengan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah merupakan penghargaan kepada anak-anak yang lahir di negeri ini, selain itu hasil kekayaan negeri ini dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad68494_396830417059978_1578156657_n Judi Sarjo, berkata, pihak TAWAS masih membuka pendaftaran bagi anak-anak kelahiran tahun 2008 sehingga tahun 2011 sehingga akhir Disember 2012. Oleh yang demikian ibubapa yang masih belum mendaftarkan anak mereka kedalam program TAWAS ini diminta mendaftar dengan segera di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong ataupun melalui Ketua-ketua Kampong Masing-masing.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pegawai Penyelaras DUN Permatang, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Program TAWAS telah diwujudkan sejak tahun 2008 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, yang bertujuan untuk member manfaat kepada semua anak kelahiran Selangor dengan perlindungan insuran sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua penerima sijil TAWAS ini berpeluang menerima RM1,500 hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads