12 di bangi - Google Blog Search |
cik mun blogger: <b>di Bangi</b> , perlukan doa kalian . Posted: 11 Jan 2013 02:36 AM PST assalamualaikum . selamat petang . entry nie ada dua topik . di Bangi . untuk pertama kalinya entry aku kat Bangi untuk semester ke 2 . ada yang rindu aku ke ? relax lah . baru tak sampai seminggu . aku terharu giler baca komen untuk entry aku yang ini . tapi buat masa nie aku tak approve lagi lah komen tuu . aku dah settle dah daftar dan semua semua benda segala bagai . cuma tunggu nak masuk kelas je Isnin nie . Micro Economics. Financial Accounting. Cost Accounting. Principles of Marketing. Statistics. itu adalah antara subjek yang akan aku belajar untuk semester ke 2 nie . aku harap senang . sebelum mak abah aku tinggalkan aku kat hostel nie , abah aku bawak aku pergi jenjalan kat Teluk Kemang dan PD ( pandai pandai korang lah teka ) mungkin abah aku nak mengurang kesedihan aku yang tak sedih nie kot . perlukan doa korang . . . sebelum aku stop laporan nie , aku nak mintak doa korang . tolong doakan kawan abah aku yang sedang sakit . aku tak taw nak cakap macam mana sakit dia tuu . tapi dia memang tak sedar . walaupun mata dia terbukak , dia tak nampak . dia hanya boleh dengar je . dia tak boleh bergerak , hanya mata dia je boleh bergerak . dia tak boleh makan , hanya boleh minum , itu pun pakai tiub . berdasarkan cerita daripada isteri pak cik tuu , dia terkena masa dia tengah makan selepas selesai berniaga . jantung dia berhenti tetiba . selepas beberapa kali CPR , jantung dia kembali berfungsi . dia tak de sakit apa , semua okay je . sistem saraf dia semua okay , jantung dia pun dah okay dah sekarang . tapi masih terbaring . tak boleh bergerak anggota badan kecuali mata . itu pun dia masih tak nampak . aku teringat ayat isteri pak cik tuu , " akak tak nak nak fikir negatif , bersangka buruk kat orang lain . mungkin ini ujian . " tolong doakan beliau cepat sembuh ea . :') |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan