Jumaat, 11 Januari 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


HKR Versi Najib <b>di</b> Tesco <b>Semenyih</b>! : Media Perak

Posted: 11 Jan 2013 06:52 AM PST

Akur dengan persetujuan yang diberikan polis bagi membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Barisan Nasional nampaknya hampir mati kutu bagaimana mahu menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat yang sudah diatur sejak kelmarin.

Tidak sampai 24 jam menjelang himpunan itu yang dijadualkan di Stadium Merdeka esok, penduduk Lembah Klang dibanjiri SMS yang menjemput mereka ke satu lagi 'Himpunan Rakyat'."Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih jam 9.00 pagi. Mari meriahkannya. Sayangi Selangor Yakini BN". Begitulah kandungan SMS itu yang diperolehi sebentar tadi.
Perdana Menteri, Najib Altantuya dijangka menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Progresif India (IPF) di Dataran Tesco itu.

SMS itu juga termasuk mengandungi kata-kata 'Sayangi Selangor Yakini BN'sama seperti motto BN Selangor.

Perkara itu pertama kali dikesan di laman rangkaian sosial dalam mesej yang diposkan oleh warga siber Lembah Klang, yang kebanyakannya mengadu mesej itu dihantar ke telefon mereka.

"Macam mana nombor 6014XXXXXXX mendapat kontak saya untuk memberitahu saya mengenai acara PM … hmmm…," tanya seorang pengguna Facebook.

Ini dijawab oleh orang lain yang membangkitkan soal Akta Perlindungan Data.

'Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih'

Kiriman SMS itu juga menerima cemuhan yang sama di lama sosial Twitter.

"Berbicara tentang KL112 ni, tadi saya dapat mesej jemputan Himpunan Rakyat Bersama PM yang berlangsung esok. Saya dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena, LOL," demikian menurut satu lagi mesej.
Sementara itu, pengguna lain bergurau dengan berkata orang ramai patut mengelak ke Tesco esok.

Ada yang melabelkan dua perhimpunan itu esok sebagai perang raksasa antara Pakatan Rakyat dan BN, dan menggelarnya "Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih".

Perhimpunan Semenyih adalah sebahagian daripada gerak gempur perdana menteri selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor menjelang pilihanraya umum.

Related posts:

Filed Under: Dari blogger

HIMPUNAN RAKYAT KEJAR NAJIB <b>DI SEMENYIH</b>. - Gelombang <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 10:18 PM PST

Lebih 40,000 orang pelbagai lapisan masyarakat berhimpunan  di situ untuk dengar amanat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia berlangsung pada pagi sebelum puak pembangkang mengadakan perhimpunan gempak mereka di Stadium Merdeka.

Bayangkan jika perhimpunan dianjurkan oleh partri-parti komponen lain BN atau BN Pusat yang menganjurkannya.

ipf2xx

Rasanya boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur dibuatnya.

Himpunan di Rincing jauh dari bandaraya  berlangsung dengan aman dan teratur serta tidak menyusahkan sesiapa.

Sebaliknya puak pembangkang yang turut ditawarkan Stadium Bukit Jalil yang cukup besar tetap nak pakai Stadium Merdeka yang kecil.

Nawaitu mereka cukup terserlah nak tunjuk konon sudah' tawan' Kuala Lumpur bila penyokong kena berarak ke stadium itu dan bersesak di celah-celah jalan sempit sekitarnya.

Bagi yang fahamn politik....taktik pembangkang ini cukup standard.

Mereka harap perhimpunan itu dapat menutup segala kelemahan dan cacamarba dalam pakatan.

najibmainSementara itu Najib dalam ucapannya tidak sentuh langsung isu himpunan pembangkang di Stadium Merdeka.

Beliau antara lain lebih menekankan agar rakyat sentiasa ingat pada pelbagai janji pembangkang pada PRU12 yang tidak ditepati.

Janji-janji pembangkang itu terbukti hanyalah janji kosong dan mereka mengamalkan politik membohongi rakyat semata-mata untuk mengejar kuasa.

"Mana perginya janji nak beri bantuan kepada ibu tunggal di Selangor? Janji air percuma? Ini semua tak betul. Oleh itu jangan kena tipu sekali lagi. Jika mereka janji lagi, jawablah 'Jangan janji Kampung Buah Pala'. Sebabnya, pembangkang pergi kampung itu janji penduduk akan duduk kekal di sana.

"Tetapi mereka gagal tunai janji. Mereka janji kosong. Berbeza kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tepati janji. Malah kita bina rumah untuk penduduk kampung tersebut," katanya.

Malah beliau meminta masyarakat India sebut ' Janji Kampong Buah Pala' jika ada pembangkang yang menyapa mereka untuk tabur lagi janji.

Beliau kemudian memberi jaminan bahawa masalah air di Selangor akan selesai jika Barisan Nasional diberi mandat untuk mengambil kembali negeri ini dari Pakatan Rakyat.

"Selangor mempunyai banyak masalah sekarang termasuk masalah air.

"Saya berasa begitu sedih melihat orang ramai terutamanya warga emas yang terpaksa berhempas pulas membawa baldi air ke flat mereka. Ada juga yang perlu untuk membawanya ke tingkat 10.

"Air adalah hak asasi setiap manusia. Kita mesti menyelesaikan keperluan asas rakyat. Ini bukan satu permainan politik tetapi tentang survival rakyat.

"Apa yang kita perhatikan hari ini adalah hanya sedikit (gambaran) apa yang bakal berlaku pada tahun 2014, terutamanya di KL, Selangor dan Putrajaya jika tiada usaha  yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah air," ujarnya.

Najib menggesa orang ramai agar tidak terpedaya dengan separuh benar dan janji-janji kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads