12 di sungai panjang - Google Blog Search |
Kehidupan <b>Di</b> pinggir <b>Sungai</b> Golok - Pondok Rahmat Posted: 06 Jan 2013 11:45 PM PST --------------------------------------------------- Di Musim Kemarau Sungai Golok Boleh Diseberangi Dengan Berjalan Kami atau bermotosikal tanpa bot atau perahu ---------------------------------------------------------------------------------------- Kita menyebutnya Sungai Golok atau orang Thai mnyebutnya Sungai Kolok. Pada umumnya, bila disebut Sungai Golok atau Kolok, pada latar pemikiran mereka terbayang sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Thailand, dan bukannya Sungai Golok yang menjadi persempadanan memisahkan negeri Kelantan atau Malaysia dengan negara jirannya Thailand. Sungai Golok atau Kolok sebagai sebuah bandar terletak di Selatan negara Thailand sebuah bandar sempadan. Agak besar juga dan mempunyai sebuah stesen kereta api yang menghubunginya dengan ibu negara Thailand, Bangkok. Sungai Golok terletak dalam Daerah Narathiwat. Ia terkenal sebagai sebuah pusat membeli belah dan juga syurga peleseran untuk kaum lelaki di mana mek-mek Siam boleh diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang istimewa. Pada tahun 2011 penduduk Suingai Golok berjumlah seramai38, 612 orang. Sementara di sebelah Malaysia pula ada bandar sempadan yang dikenali dengan nama Rantau Panjang, yang terletak dalam daerah Pasir Mas yang terkenal sebagai sebuah pusat membeli-belah, terutama barang-barang yang diimport dari neagra jiran itu. Sementara Sungai Golok sebagai sebuah sungai yang mengandungi air yang mengalir ke Laut China Selatan, menembusi Pengkalan Kubor dalam Jajahan Tumpat di sebelah Malaysia dan Takbai dalam jajahan Narathiwat di sebelah negara jiran Thailand. Sungai Golok memisahkan Rantau Panjang Malaysia dan Narathiwat di sebelah Thailand. Sungai Golok amat berguna kepada mereka yang tinggal di pinggirannya seperti juga penduduk-penduduk yang tinggal di mana-mana pinggiran sungai di lain-lain tempat dan negeri. Mereka menggunakannya untuk mandi-manda, mencuci badan, membasuh pakaian dan juga untuk melepas kotoran yang tidak perlu di dalam badan. Namun begitu, di waktu-waktu tertentu dan dalam musim-musim tertentu ia menjadi ancaman, bila airnya melimpah membanjiri kawasan-kawasan sempadan, khususnya di Rantau Panjang, terutama Bandar Rantau Panjang. Setiap hari Sungai Golok akan disberangi oleh penduduk di kedua-dua belah negara, penduduk Thaliand menyerbang ke Malaysia, dan penduduk Malaysia menyeberang ke Thailand, terutama bagi mereka yang tinggal di pinggiran sungai itu. Selain daripada barang-barang halal, sebagaimana diketahui umum, ada juga mereka dari kedua-dua belah pihak yang mengambil kesempatan untuk berniaga barang-barang haram melintasi sepanjang sungai yang panjang itu-Sungai Golok. Barang-barang rompakan atau curian termasuk hewan-hewan ternakan dan kenderaan dari Malaysia biasanya di seludup ke Thailand menerusi Sungai Golok. Sejajar dengan itu timbullah berbagai-bagai pangkala haram, antaranya yang terekenal ialah Pengkalan Ibrahim Pencen, Pengkalan Syed Agil dan pengkalan dekat Lubuk Jong. Biasanya pengkalan ini diseberangi dengan menggunakan sampan atau bot kecil dimana penumpangnya dikenakan bayaran yang kecil sahaja. Malah di musim kemarau ada di tempat-tempat tertentu sungai itu boleh diseberangi dengan berjalan kaki, atau menaiki motosikal sahaja, kerana airnya amat cetek, separas buku lali atau kering langsung dengan pasirnya yang timbul. Sebenarnya di pekan Rantau Panjang ada sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu yang dibina secara bersama oleh kedua-dua negara berjiran itu sekitar tahun 1970an. Ia dikenli dengan Jambatan Mahabah. Tapi untuk melintasi jambatan ini terpaksa menggunakan paspot secara resmi baik dari Malaysia ke Thailand atau dari Thailand ke Malaysia. Peraturan lumrah untuk keluar masuk ke mana-mana negara asing. Di samping itu pada masa dahulu ada sebuah landasan kereta api yang menghubungi Rantau Panjang dengan Sungai Golok, yang kemudiannya dihentikankan perkhidmatannya. Kereta api itu digunakan oleh para peniaga daripada negeri Kelantan untuk membeli-belah di Sungai Golok dan memasarkannya di Malaysia. Demikian juga sebaliknya peniaga-peniaga Thailand datang berkereta api ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Fotot-foto yang disiarkan bersama rencana ini dirakam di musim kemarau di salah satu bahagian sungai itu yang kering di musim kemarau. |
You are subscribed to email updates from di sungai panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan