12 di ijok - Google Blog Search |
MB Arah Jurutera MDKS Kenalpasti Punca Tanah Mendap <b>Di Ijok</b> Posted: 04 Jan 2013 12:39 AM PST IJOK, 7 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pasukan jurutera khas Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang diketuai Yang Dipertuanya, Noraini Roslan mengenalpasti punca kejadian bumbung condong yang berlaku di Taman Pancaran, Ijok. Menurut Abdul Khalid, setakat ini keadaan tidak begitu serius dan aspek rekabentuk bumbung, pembinaan serta kualiti bumbung akan diberikan tumpuan dalam mencari punca kejadian. "Kita akan betulkan semuanya. Kos pembaikan akan ditanggung Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)," katanya pada sidang media selepas melawat tempat kejadian Kejadian runtuhan bumbung ini melibatkan 14 buah rumah yang kebanyakan mengalami kerosakkan dibahagian siling. Turut kelihatan beberapa retakkan struktur dinding rumah terutama di kawasan bilik air. Sementara itu, Abdul Khalid juga turut menyampakan sumbangan khas kepada semua mangsa berjumlah RM500 bagi setiap rumah. Jelasnya lagi, terpulang kepada penduduk sama ada untuk berpindah sementara sehingga keadaan kembali selamat. Seorang penduduk, M Kumaran menceritakan kejadian ini berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam. Ketika kejadian beliau dimaklumkan bapanya yang ketika itu mendengar bunyi runtuhan di belakang rumah. "Bapa saya dengar bunyi macam ada benda jatuh. "Bila masuk nampak kesan pasir di lantai. Kemudian nampak ada ketulan batu kecil pada siling. "Kita periksa dan tanya orang sebelah mereka kata tidak ada apa-apa. "Kemudian jiran pun beritahu dia juga nampak pasir ketika sedang menyapu," katanya yang menetap di sini hampir 20 tahun. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan