12 di sungai burong - Google Blog Search |
Projek Hospital Terbengkalai K Selangor, Satu Lagi Janji - Selangorku Posted: 03 Jan 2013 03:00 PM PST TANJONG KARANG, 4 JAN : Dua jam untuk hanya mengambil nombor giliran untuk berjumpa doktor dan ruang menunggu yang sesak dan panas, adalah antara kekurangan yang terpaksa dihadapi penduduk di sini apabila ke Hospital Tanjong Karang. Malah penduduk seperti Norfaezah Ismail, 51, kadang-kadang terpaksa berdiri sambil menunggu untuk mendapat rawatan di hospital yang sudah berusia 46 tahun. Lebih mengecewakan adalah kesedaran bahawa penduduk di Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor sepatutnya tidak perlu lagi mengharungi situasi tersebut kerana Kerajaan Persekutuan Umno-BN pernah berjanji akan membina hospital baru. Akan tetapi, selepas 13 tahun, tapak seluas 60 ekar bagi projek hospital baru tersebut di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor masih lagi merupakan sebuah ladang kelapa sawit. Sebuah papan tanda di ladang tersebut yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" adalah satu-satunya indikasi yang tapak itu sepatutnya mempunyai sebuah hospital. Penyelaras Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata Kerajaan Umno-BN sedar mengenai ketidakmampuan Hospital Tanjong Karang yang dibina pada 1966 dan telah merancang untuk membina hospital baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998. Namun, Yahya berkata, janji pembinaan hospital ini sudah melewati 13 tahun dan masih tidak ada pembinaan di tapaknya yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Sementara itu, Hospital Tanjong Karang yang sedia ada sudah tidak dapat menanggung permintaan populasi penduduk di Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang semakin padat. Kata Yahya, antara rungutan lain adalah kesesakan lalulintas, ruang parkir yang tidak mencukupi, waktu menunggu yang lama dan Kekurangan khidmat pakar. "Kapasiti hospital yang mempunyai 114 buah katil ini terlalu rendah dan hanya memberikan rawatan biasa seperti bersalin dan rawatan bagi pesakit luar. "Untuk mendapatkan khidmat rawatan lanjut, pesakit perlu pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ataupun dirujuk ke Hospital Sungai Buloh yang mengambil masa selama sejam perjalanan daripada Tanjong Karang," katanya ketika ditemuramah di luar hospital berkenaan. Seorang lagi penduduk, Misran Serman, 56, berkata pesakit kronik dan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital sedia ada. "Pesakit kanser perlu mendapatkan khidmat rawatan susulan di hospital lain kerana hospital ini hanya menyediakan rawatan asas seperti 'hemodialisis' dan 'x-ray'. "Doktor pakar pula hadir pada waktu tertentu sahaja," katanya yang tinggal di Sungai Burong, Tanjong Karang. Mereka mendesak supaya Kerajaan Umno-BN menunaikan janji dan meneruskan projek hospital baru di Kampung Sungai Terap. Selain itu, Yahya turut mendakwa terdapat unsur salah guna kuasa di antara pihak yang terlibat dengan projek hospital baru tersebut kerana ladang kelapa sawit itu masih mengeluarkan hasil walaupun tanah itu telah diberikan kepada kementerian. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan