12 di shah alam - Google Blog Search |
Banjir Dan Kelab Malam <b>Di Shah Alam</b>: Dulu Masa BN Kata Bala <b>...</b> Posted: 23 Dec 2012 03:12 AM PST December 23, 2012 · 18 Comments Masih segar di dalam ingatan penduduk Selangor sebelum PRU 12 dahulu, dimana golongan PAS menyatakan bahawa UMNO penyebab bala yang berlaku di Selangor. Dari tanah runtuh, banjir, kebakaran sehinggalah kemalangan jalan raya, semuanya salah UMNO dan Barisan Nasional. Para penceramah Pakatan Rakyat tanpa segan silu menuduh UMNO dan BN adalah punca segala masalah di Selangor. Pernah juga mereka mengaku bahawa jika mereka memerintah tidak akan berlaku apa-apa kekacauan kerana pemerintahan mereka dilindungi oleh tuhan. Namun apabila sudah memerintah selama 4 tahun, nampaknya keadaan bertambah teruk bagi negeri Selangor. Jika dahulu, ada sesetengah tempat yang banjirnya hanya pada musim tengkujuh, kini boleh dikatakan banjir setiap kali hujan. Ini tidak lagi termasuk tempat-tempat yang tidak pernah banjir tapi sekarang suasananya tak ubah seperti anak sungai dan juga kolam ikan. Hujan adalah rahmat dari Allah yang perlu diraikan dan disyukuri, namun apabila kejadian alam pun dipolitikkan agak sukar untuk sesetengah dari rakyat memahami apa sebenar yang sedang terjadi di sekeliling mereka. Sejak dari dahulu lagi, isu kejadian alam telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang, namun apabila segalanya diletakkan atas politik, maka kerja dan tugas pun boleh jadi tidak cekap. Ini yang berlaku di sekitar Selangor, oleh kerana terlalu banyak berpolitik dan mencari salah orang lain, kerajaan yang ada sekarang tidak mampu untuk menjaga dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Terus terang dikatakan, banjir yang sedang berlaku di seluruh Selangor dalam beberapa hari ini adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab kerajaan tempatan yang cuai dalam menjalankan tugas. Akibat daripada penyelengaraan yang tidak efisyen sesetengah saluran dan penyelengaraan air hujan di Selangor (terutamanya di kawasan berpenduduk padat) gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, bagi kawasan rendah akan mengalami banjir teruk setiap kali hujan. Yang paling membimbangkan lagi, apabila kawasan yang tidak pernah banjir, mengalami kejadian "air naik" yang boleh menyebabkan kerosakkan, kecederaan dan juga kehilangan nyawa. Pujian harus diberikan kepada para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional yang mengamalkan politik matang dan tidak memulangkan paku buah keras kepada para penyokong Pakatan Rakyat. Maklumlah, kejadian banjir besar berlaku ketika hanya 2-3 hari sahaja kelab malam pertama di Shah Alam dirasmikan. Jika pemimpin BN dan UMNO mengamalkan politik cetek akal seperti Pakatan Rakyat, sudah tentu isu banjir ini dikatakan sebagai bala tuhan kerana PR halalkan kelab malam pertama di Shah Alam dimana penduduknya 70% adalah orang Melayu yang beragama Islam. This post was submitted by Che_Yan. By Che_Yan Tags: banjir, fida ibrahim, khalid ibrahim, pakatan rakyat, selangor, Shah Alam |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan