12 di batang kali - Google Blog Search |
Episod 3 - Berkelah <b>di</b> Sungai Pinang, <b>Batang Kali</b> - Teratak <b>...</b> Posted: 26 Feb 2013 12:43 AM PST Ini adalah perancangan di akhir waktu. Malam semasa kami menziarahi sahabat-sahabat lama, rupanya adik ummi dah plan nak mandi air terjun. Tetapi masing-masing belum beri keputusan. Masih 50-50. Esok pagi ketika sarapan, ummi beria-ia pujuk atok babah dan yang lain pergi mandi air terjun. Puas juga lah ummi memujuk atok babah yang pada awalnya tak nak pergi atas alasan nak siapkan kerja ofis. Namun kesudahannya, seperti biasa ummi yang menang hehe. Destinasi pilihan kami adalah Sungai Pinang di Batang Kali (jalan nak ke Genting Highlands). Ummi pun pertama kali sebenarnya ke sini. Adik ummi yang duduk Damansara bertolak dari sana. Ummi, abah, auni, Acik Ocob dan Ayah Su gerak dulu sebab nak singgah Giant mencari makanan untuk bekalan. Roti, tuna, biskut, coklat, puding antara yang ummi beli. Sempat juga ummi dan abah sambar sandal baru semata-mata nak mandi air terjun haha. Lihatlah aksi anak dara solehah ni yang amat manja dengan pak sedara dia. Gelak - merajuk tu dah biasa bila dengan pak sedara dia. Kami sampai di Sungai Pinang sebelum zohor. Subhanallah, memang tenang je perasaan tu bila sampai sini. Walaupun ramai pengunjung, tetapi ummi tetap rasa tenang. Airnya sejuk je. Sementara tunggu sebuah kereta lagi sampai, kami mengambil kesempatan rendam kaki dulu. Auni yang paling tak sabar nak mandi. Cepat-cepat dia ajak ummi mandi hehe. Bila atok and the gang dah sampai, terus kami mula memasang khemah dan susun alatan memasak. Wah, siap bawa cerek air dan pemanggang ajaib. Rupa-rupanya atok dan nenek singgah kedai beli pelbagai jenis ikan untuk dibakar. Daging burger dan sosej adik ummi beli awal-awal lagi. Tugasan dah diagih awal-awal. Ada yang masak air, bakar ikan, bakar burger dan sosej. Ummi dan adik ipar buat sandwich tuna. Sampah-sampah memang kami masukkan dalam plastik sampah hitam yang besar tu. Memang seronok aktiviti ni. Sementara tunggu ikan masak, kami terjun dan mandi sekali lagi. Anak manja abah tu sampai ketar-ketar menahan sejuk hehe. Biru je bibir dia huhu. Ummi dan abah pun berendam dalam air yang sejuk grrr... Adik-adik dan abah ummi pandai berenang, seronok aja tengok diorang berenang. Rasa cemburu pula huhu. Psst, abah auni tak pandai berenang tau..hehe. Lepas mandi tu kami naik untuk makan. Sedapnya! Walaupun tanpa nasi, ia tetap sedap. Ada ikan kembong, ikan bawal, ikan terubuk. Adik ummi buat air asam sebagai pencicah. Lepas makan tu masing-masing mencari batu dan kawasan yang sesuai untuk solat zohor. Adik-adik ummi solat di atas batu besar yang rata aja. Manakala yang perempuan solat di sebelah khemah. Selepas solat, kami berendam untuk kali terakhir sebelum berangkat pulang hehe. Kali ni Auni dah surrender awal-awal. Dia duduk diam-diam aja dengan Acik Dana. Ummi dan abah berendam puas-puas. Entah bila kami dapat mandi-manda dengan family macam ni lagi. Tak lama lepas tu barulah kami naik dan tukar baju dalam khemah. Siap sedia untuk pulang ke rumah setelah puas berendam. Esok pagi tu memang lenguh satu badan ni sampai nak bangun pun tak larat rasanya hehe. Episod seterusnya : Tautan Mahabbah di Cheras |
You are subscribed to email updates from di batang kali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan