Khamis, 14 Mac 2013

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


aku Dayat: [Gambar] Kesesakan <b>di Tanjung Karang</b> : CNY 2013

Posted: 08 Feb 2013 08:30 PM PST

Kalau cuti perayaan, memang tak dapat dipisahkan dengan kesesakan lalulintas. Harini, aku menghabiskan masa hampir setengah jam sahaja untuk melepaskan diri dari kesesakan di Tanjung Karang. Seawal jam 9 pagi kenderaan dah bersusun dari Petronas Assam Jawa sampai la ke lampu isyarat dekat sekolah Dato' Haron / Mesjid Tanjung Karang. Hahahaaaa.....memang macam siput la geraknya. Lagi kasihan bagi yang menggunakan jentera manual. Kejap-kejap tekan clutch..minyak..brake..Kalau pukol 12 tengahari agak-agak panjang mana la ye kesesakannya.....
 Dah dekat dengan simpang Hospital Tanjung Karang

 Apesal buruk sangat la papan tanda kedai ni...

Sabo je la...tak bergerak

Yeahhh...nampak traffic light tu? Garisan penamat jemm ini...(turun jambatan)

Amacam? Ada brani datang?

APIEY: Keenakan Kelapa Bakar <b>Di Tanjung Karang</b>

Posted: 25 Jan 2013 10:24 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Entri ni pun sama tarikh dengan brader balik kampung dan singgah ke Restoran Lembah Bernam. Cuma yang ini masa brader OTW balik ke Shah Alam di sebelah petang, brader singgah gerai ni. Menu kelapa bakar yang popular di beberapa negeri ini sebenarnya turut boleh didapati di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Kira tak payah pergi jauh-jauh laa.. Jom tengok gambar :
 Antara pembaharuan gerai ni ialah dah ada drive thru tau
 Kelapa yang dah siap dibakar
 Siap potong dan hantar ke meja
Macam mana rasa dia? Haa, lebih kurang macam korang didihkan air kelapa guna cerek. Kelapa bakar ni dipercayai menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lelah, letih, masuk angin, diabetes dan darah tinggi. Owner gerai ni boleh dihubungi di 010-2655543. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads