Ahad, 3 Mac 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Projek kondominium <b>di Batu Caves</b> dihentikan buat sementara <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 06:44 AM PDT

alt

 

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Kerajaan Selangor mengarahkan projek pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran kuil di Batu Caves dihentikan buat sementara waktu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu.
Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Ahli jawatankuasa akan dilantik dari kalangan profesional seperti peguam, bekas hakim dan perancang bandar," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sama ada pihak pengurusan kuil Batu Caves akan dilantik dalam jawatankuasa itu, Abdul Khalid berkata, ia tidak membabitkan mereka yang berkepentingan termasuk dari pengurusan kuil tersebut.

Kira-kira 300 individu mengadakan demonstrasi di depan Kuil Sri Subramaniar Swamy pada 26 Okt lepas bagi membantah cadangan pembinaan kondominium berhampiran bukit batu kapur di Batu Caves.

Mengulas isu pembinaan rumah mampu milik di Selangor yang dibangkitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai baru-baru ini, Khalid berkata, butiran lengkap berhubung perkara itu akan diumumkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads