Ahad, 3 Mac 2013

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Program SPIES Bantu Pembangunan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 19 Feb 2013 11:12 PM PST

SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

"Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

"SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita," katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

"Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal," katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.

Pendapat Anda

Pendapat

Belantan: Bubar DUN <b>Negeri Selangor</b> : Regim Pakatan <b>di</b> Selangor <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2013 05:23 AM PST



Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas di Selangor semakin terdesak dan tergugat setelah melihat kebangkitan suara rakyat di negeri itu yang menggambarkan 'realiti politik' yang sebenar menjelang pilihan raya umum.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad berkata, pakatan itu kini cuba menggunakan strategi politik bersifat 'syok sendiri' terhadap BN di negeri itu setelah ketandusan isu untuk meneruskan serangan dan agenda politik mereka.

''Pakatan di Selangor semakin tidak tenteram. Mereka tahu situasi kebangkitan semula BN di Selangor,'' katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendakwa hasil kajian menunjukkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Selangor semakin meningkat.

Menurut Mohd. Zin, segala tindakan dan gerak kerja politik BN di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang sebenarnya merisaukan kerajaan pakatan di negeri itu.

''Kebangkitan suara rakyat di Selangor turut menyebabkan pembangkang menggunakan psikologi politik yang terbaharu hasil kajian untuk menyedapkan hati mereka.

"Kami juga melakukan beberapa siri kajian tersendiri yang begitu spesifik yang menunjukkan sokongan terhadap BN semakin meningkat dan mampu merampas kembali negeri itu,'' katanya.


Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor berkata, kajian BN Selangor juga berdasarkan pandangan pengundi dari seluruh negeri itu termasuk generasi muda.

Menurut Mohd. Zin, segala hasil kajian tersebut merupakan susulan daripada beberapa pendekatan BN untuk menangani permasalahan rakyat di Selangor secara tersusun dan sistematik.

''Malah kami juga telah bersemuka dengan rakyat Selangor dan mengakui kesilapan yang lepas dan telah berjanji serta bertekad untuk bangkit dengan semangat baru", katanya.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada Pusat Khidmat BN Selangor (Pakar) serta pasukan pemantau BN, jelas sekali menunjukkan isu air, sampah serta kelemahan sistem penyampaian di negeri Selangor semakin merisaukan.

Malangnya, kerajaan negeri sering menggunakan alasan remeh-temeh di media massa untuk meneruskan agenda politik mereka tanpa mendahulukan kepentingan, kehendak dan keinginan rakyat.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads