Ahad, 14 April 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Debat Zulkifli Nordin - Noh Omar <b>Di Padang Jawa</b> Gagal!! | Cucu <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 07:05 PM PST

CTS masih ingat pada tahun 2008, untuk mendapatkan penonton-penonton hadir ke ceramah Barisan Nasional ketika itu amatlah susah. Kalau boleh dapatkan angka mencecah 1,000 orang sudah dikatakan amat bertuah. Namun, angin perubahan berlaku dengan kuat di Selangor, khususnya di Shah Alam. Bertempat di Padang Jawa,  Shah Alam di bawah DUN Batu Tiga, dua hari lepas, tidak kurang daripada 2,500 orang hadir mendengar ceramah yang diberi nama "Debat Rakyat Zul Nordin vs Noh Omar". 
Tanpa publisiti meluas, tanpa membawa masuk penonton-penonton dari luar, Rakyat Shah Alam berpusu-pusu keluar memberikan sokongan. Dengan gelombang kali ini, tidak mustahil Parlimen Shah Alam akan dirampas lagi. Sudah menjadi "open secret" bahawa YB Zulkifli Nordin adalah tokoh yang paling layak untuk menjadi Wakil Rakyat di Shah Alam bagi mengantikan YB Khalid Samad. Pergeseran dan perebutan jawatan dan siapa menjadi calon di dalam Pakatan Haram di Selangor banyak membantu memudahkan proses pertukaran Kerajaan di Selangor di dalam PRU13. Ini kalilah!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads