Khamis, 4 April 2013

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 01:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Geringsing Pecah: Pas pilihan <b>di Sijangkang</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:09 PM PST

SELEPAS hampir sepenggal menawan kerusi Dun Sijangkang daripada Barisan Nasional, Pas cukup yakin mampu mempertahankan kembali kedudukannya di kawasan tersebut.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, calon Pas masih di hati penduduk dan tidak mustahil mereka akan tetap memilih pemimpin dari parti yang sama untuk terus berada di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurut beliau, tidak kira sama ada dirinya dicalonkan semula atau tidak, pengundi di Sijangkang dilihat cukup selesa berada di bawah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan calon Pas tetap menjadi pilihan hati mereka.

" Bagi saya, biarlah pucuk pimpinan Pas dan PR membuat pemilihan calon dan jika ditakdirkan tidak menjadi calon di sini dalam PRU13 nanti, saya tidak kisah asalkan wakil PR terus mentadbir rakyat di sini seperti kemenangan yang dikecapi lima tahun lalu," katanya.

Dr Ahmad Yunus berpendapat, jika Pas dan PR mahu terus mengekalkan kemenangan itu, mereka perlu mendekati pengundi atas pagar kerana undi golongan tersebut memberi impak cukup besar pada PRU13 nanti.

"Kita kena akui bahawa undi golongan atas pagar adalah penentu kepada kemenangan, jadi kami perlu terus mendekat kelompok ini dalam memastikan terus kekal di Sijangkang.

"Selain memberi tumpuan kepada soal kebajikan rakyat, masa depan anak-anak bersekolah dan belia merupakan fokus utama yang diberikan bagi menentukan hala tuju golongan ini," katanya.

Kata beliau, dalam tempoh lima tahun ini, pelbagai masalah masyarakat berjaya diselesaikan oleh pihaknya, manakala perancangan masa depan telah dibuat kerana kawasan Sijangkang merupakan lokasi tumpuan kerana berhampiran dengan Lembah Klang.

"Tidak mustahil Dun Sijangkang masih boleh dikekalkan memandangkan pada pilihan raya lepas kita hanya tewas kepada satu kerusi sahaja iaitu di Dun Morib.

"Tetapi, dengan perancangan yang dibuat melalui pelbagai latihan simulasi dan aktiviti turun padang memberi impak kepada dua kawasan tumpuan, iaitu Dun Morib dan Dun Sijangkang sebagai pilihan pimpinan Pas yang bakal menerajui kepimpinan pada PRU nanti," katanya.

"Sebagai wakil rakyat yang sudah menerajui pimpinan di Dun Sijangkang dan menjadi Exco Selangor, saya yakin pimpinan PR  yang berganti sekalipun mampu menunjukkan prestasi yang baik dan mempertahankan kerusi yang dimenangi," katanya.

Sahabat-Gunung: Noh Omar Berentap Dengan Hassan Ali <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 04:00 PM PST


Dua panglima perang bakap berentap…. Noh Omar dan Hassan Ali akan berentap menghujahkan fakta-fakta sebenar politik Selangor dalam satu pentas, walaupun sebelum ini mereka berdua merupakan seteru politik …
Apa isu yang bakal diletopkan mereka ….. Jangan ketinggalan …. Jom ke Pentas Fakta Sebenar, 31 Jan ini ……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads