Khamis, 4 April 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Bersarapan Dengan Nasi Dagang Terengganu <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 30 Mar 2013 10:05 PM PDT


Pagi pagi selepas solat subuh, saya melayan i pad. Sementara menunggu hubby yang menyambung tidur selepas solat subuh bangun, saya mula memikirkan apa yang nak dimakan pagi ini sebagai sarapan. Kalau hari minggu macam ni lah, saya akan meminta minta itu dan ini dari hubby. Bila rasa dah pasti apa yang nak dimakan, mula kejutkan hubby. Yeaay nak makan nasi dagang Terengganu di Subang Jaya, lagi pulak sejak berpindah ke sini, tidak pernah lagi saya ke sana untuk bersarapan. Sewaktu di USJ, memang ini lah gerai tempat saya bersarapan setiap hujung minggu. 


Sebelum dia bangun tukar fikiran lagi, untuk ajak hubby ke Morib beli ikan segar dan terus makan makanan laut. Hmm kalau memasak pun best juga. Atau ke pasar TTDI jer, kerana saya memang sangat teringin nak makan telur ikan mayung. Alaahaai macam orang mengidamlah pulak. Last last bila hubby suruh saya bersiap, terus saya buat keputusan untuk bersarapan dengan nasi dagang Terengganu di Seksyen 19, Subang Jaya yang memang terbaik. Lagi pulak, saya dapatlah singgah di pasar basah Seksyen 15, nak cari telur ikan. Betul betul betul, serampang dua mata, babe. 
Sesampai di gerai Puan Hasnah ini, sudah kelihatan ramai melanggan yang sedang menjamu selera. Seperti biasa, saya memesan nasi dagang. Dalam hati berkata kata, last last lepas ni nak diet dan tak nak makan nasi lagi. Tengok nasi dagang saya di bawah ini yang ikannya dihidangkan asing dalam satu mangkuk dan portion ikannya sangat besar dan sedap. Jauh lah berbeza dengan lauk nasi dagang di Terengganu sendiri yang hanya dicubit cubit dan tak sedap pun.


Hahaha alang alang dah ke sini saya sambar juga sebungkus mee hoon goreng yang sangat sedap pada saya. Entahlah, terasa memang sedaplah walaupun ianya sangat simple. Hanya menggunakan sayur sawi dan hempedal ayam. Cuma saya melihat banyak bawang goreng yang digunakan di dalam mee hoon. 
Selain itu, hubby memesan juga nasi minyak berlaukkan daging masak kurma serta nasi  dagang untuk dibawa balik pada anak anak. Dia sendiri hanya makan sepinggan mee hoon goreng. Untuk air pula, sekarang ni memang kami hanya meminum air putih. Hahaha untuk sihat dan juga untuk berjimat.
Tapi itulah sekarang ini makan makan simple pun dah berpuluh ringgit juga. Kesian kalau orang yang bergaji kecil dengan bilangan anak yang ramai pulak. Pasti kena berjimat cermat terutama kalau perlu membayar perbelanjaan rumah dan kereta, pasti tidak mencukupi atau hanya secukup makan sahaja. Balik dari sana, saya mengajak hubby singgah di pasar Seksyen 15 untuk membeli ikan untuk dimasak kari. Macam kemaruk nak makan kari lah pulak sejak sejak kebelakangan ini. Melayang lah duit. Pendek kata kalau ada RM100, apa lah barang dapur yang boleh dibeli. Sabar jer dan berserah kepada Allah kerana hanya dia yang Maha Mengetahui dan Maha pemberi rezeki. Kita kena perbanyakkan bersedekah kerana lagi banyak diberi, lagi banyak yang akan kita perolehi. Terbaca satu artikel yang menulis rezeki adalah bukan berapa banyak duit yang masuk tetapi berapa banyak duit yang dibelanjakan. Kehendak manusia memang tidak terbatas, jadi orang yang kaya ialah orang yang sedikit kehendaknya. Saya ingin menjadi seperti ini satu hari nanti. Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads