Ahad, 21 April 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 07:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

120 Orang Pelajar Dijangka Sertai Tuisyen PTRS DUN <b>Sungai Burong</b>

Posted: 25 Feb 2013 12:31 AM PST

25 02 2013

387388_438291212913898_830901072_nBatu 11, 24 Feb    :    Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) Selangor pada tahun ini bagi DUN Sungai Burong diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 Tanjong Karang dengan jumlah pelajar yang telah mendaftar pada tahun ini seramai 100 orang, kata Pegawai PTRS DUN Sungai Burong, Norsidah Samat.

Walaubagaimanapun, katanya, pelajar yang akan menyertai PTRS pada tahun ini dijangka seramai 120 orang, memandangkan sambutan daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari DUN Sungai Burong amat menggalakkan.

Program PTRS, diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor sejak tahun 2009 dan menawarkan sebanyak empat mata pelajaran utama bagi SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, katanya lagi.

Pada tahun lepas, jumlah pelajar yang menyertai program PTRS adalah seramai 194 orang, ini disebabkan pada tahun lepas terdapat beberapa DUN di Selangor yang tidak dapat memenuhi kuota yang disediakan oleh pihak Kerajaan  iaitu 100 orang pelajar bagi setiap DUN, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang

Manakala pada hari ahad lepas, tuisyen PTRS, bagi tahun 2013 baru dimulakan dengan sesi suai kenal antara pelajar-pelajar. Program PTRS pada tahun-tahun sebelumnya diadakan di Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SAMTK), tetapi pada tahun ini program ini diadakan di SRA Batu 11, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads