Sabtu, 29 Jun 2013

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Jejak Waris IV: Hari 1: Jumaat 31 Mei 2013 <b>Beranang</b>-Ipoh <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 09:11 AM PDT

Assalamualaikum semua ahli keluarga dan rodonc-rodonc...

Saya telah memulakan perjalanan untuk 

melaksanakan Jejak Waris IV bermula Jumaat 31 Mei 2013 hingga Selasa 5 Jun 2013 yang lepas dengan jejakan seperti berikut:


Hari 1: Jumaat 31 Mei 2013
Beranang-Ipoh-Butterworth-Kulim

Hari 2: Sabtu 1 Jun 2013
Kulim-Kg. Bakau Tua, Penaga-Changloon

Hari 3: Ahad 2 Jun 2013
Changloon-UUM Sintok-Arau-Chuping-Changloon

Hari 4: Isnin 3 Jun 2013
Changloon-Sg. Batu Pahat, Perlis-Kg Peregam, Jalan Telok Bagan, Alor Star

Hari 5: Selasa 4 Jun 2013
Kg. Peregam-Sg. Lokan, Butterworth-Mahang-Bukit Bertam, Selama-Beranang
**Rekod perjalanan terpanjang dari Bukit Bertam ke Beranang. Keluar 10 malam, tiba di Beranang pada pukul 7.30 pagi kuikui



Saya akan memulakan dengan kisah hari pertama dahulu.

Kami keluar rumah setelah bersiap selama lebih satu hari pada pukul 9 pagi dan singgah sarapan pagi di gerai Roti Plata Pokok Rhu Bandar Tasik Kesuma dahulu.


Umar Nasif ceria untuk memulakan Jejak Waris IV

Selesai bersarapan pada pukul 10 pagi, kami meneruskan perjalanan dan ketika jam menunjukkan hampir 1 tengah hari, kami mengambil susur keluar di Simpang Pulai, Ipoh untuk bersolat Jumaat. Hampir 20 minit diambil untuk keluar dari kawasan Plaza Tol Simpang Pulai kerana lalu lintas yang terlalu sibuk. Setelah berputar-putar mencari dan bertanya di mana masjid, kami berjaya berhenti untuk solat di Masjid Kampung Kepayang.


 Sangat bersejarah. Sesiapa yang tahu sejarah masjid ini, mohon hubungi hamba di donlaurel[at]gmail[dot]com.
 Rumah lama di sebelah masjid
 Kolam air sembahyang yang menarik minat Umair Fayed
Cuaca panas terik menyebabkan Umar Nasif lebih selesa tidak berbaju kuikui
 Selesai solat dan mengalas perut dengan pisang berangan dan mamee cup, kami meneruskan perjalanan lebih kurang 3 petang.
Kami sampai di exit Batu Kawan/Bukit Tambun hampir 5 petang. Highway jem ketika itu. Saya mengambil keputusan naik ke exit dan mencuba jalan biasa ke Butterworth. Sempat juga menghubungi saudara jauh saya (Nik) Mohd. Nazri bin Mohd. Hussain, cucu Tuan Hasan yang mempunyai banyak hubungan perkahwinan dengan keluarga kami. Nik Nazri tiada di rumahnya di Taman Tasik, sedang bercuti di Sabah.
Kami meneruskan perjalanan ke Butterworth untuk makan tengah hari/minum petang. 
Pusing punya pusing, jumpa restoran Wajibali yang sangat sedap nasi kandaqnya kuikui
Bergambar sejurus sebelum membelasah nasi kandar yang meruntun nafsu makan kuikui
Sempat juga saya membuat beberapa transaksi kewangan selepas makan, terima kasih kepada Penang Wi-fi yang dijalankan oleh pihak Redtone. Wi-fi wajibali haram tak boleh masuk, seb beik makanan sedap kuikui. 
Kami bercadang bermalam di rumah (Mak) Njang kami di Taman Angsana, Kulim. Tiba-tiba telefon berbunyi. Mak saya telefon. 
-Maakk...ingat kot kat rumah. Bila hangpa pi?
--Pagi tadi, nak tido rumah Njang.
--Njang nak pi kelantan isok tu, hang telepon tengok, takut depa dah pi malam ni..
Saya pun menelepon Njang dan beliau mengesahkan akan turun ke Kelantan pada keesokan harinya, sempatlah kami tumpang bermalam di rumah beliau.
Dalam perjalanan ke Kulim, entah macamana saya boleh terambil jalan ke Bagan Ajam ini. Bagus juga, boleh lepak-lepak di Pantai Bersih, Bagan Ajam.
Pantai memang selalu menghadirkan girang di hati kuikui
 Hakisan yang mendedahkan rupa bentuk batuan dalam tanah, hanya beberapa meter dari sisi highway


Ceria sungguh ketika cuti sekolah kuikui

Benteng pemecah ombak berlatarbelakangkan Pulau Pinang

Senja mula berlabuh, kami meneruskan perjalanan melalui Baling-Kulim Expressway (BKE) untuk ke Kulim
Malam itu setelah makan malam dengan keluarga Njang, kami tidur dengan nyenyak untuk menyambung hari kedua setelah berjanji dengan Ku Hezli Ku Abdul Hakim untuk bertemu Pak Imam Haji Ahmad pada pukul 9 pagi di kampung asal keluarga kami, Kg. Bakau Tua, Penaga, Seberang Perai Utara.
Ikuti sambungan hari kedua, InsyaAllah esok....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads