12 di tanjung sepat - Google Blog Search |
Jeti Runtuh Bina Imej YB Ir. Mohd Haslin Adun <b>Tanjung Sepat</b> Posted: 26 Jun 2013 04:19 PM PDT Tanjung Sepat, 17 Sya`ban 1434 = 26 Jun 2013 (Rabu): Membaca berita beberapa akhbar pada pagi ini bahawa Adun Tanjung Sepat YB. Mohd Haslin bin Hassan jatuh bersama runtuhnya jeti usang ketika melawat bersama AJK Nelayan ke jeti berkenaan tengahari semalam adalah mengejutkan. Apa lagi disifatkan sebagai nyaris maut. Dua AJK turut cedera dan seorang dimasukkan di Hospital. Dari segi pemberitaan adalah menarik dan secara tidak langsung dapat membina imej positif YB Mohd Haslin, bahawa beliau adalah seorang Wakil Rakyat (Pas) yang turut Mengikuti berita itu Penulis sendiri rasa terpanggil oleh naluri ingin tahu dan mahu tahu lebih lanjut berhubung dengan peristiwa dan berita lanjut mengenainya. Lantaran itu Penulis menghubungi saudara Azizi kemungkinan beliau dapat pergi sama ke Tanjung Sepat. Beliau bersetuju dan kami bertolak jam 3.00 petang mengikuti jalan Bangi Lama ke Dengkil hingga ke Pekan Sepang menuju ke Tanjung Sepat sebelum tiba ke Banting. Setelah beberapa kali bertanya dengan beberapa orang yang ditemui akhirnya kami tiba di Tanjung Sepat. Pekan Tanjung Sepat adalah Pekan Nelayan yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Jeti berkenaan berada di belakang Taman Pelangi, Tanjung Sepat yang lokasinya di tepi laut. Bila Penulis menuju ke arah jeti beberapa orang turut ikut mengiringi Penulis dengan saudara Azizi. Penulis bertanya, ``Sudah lama mana jeti di bina ?`` Jawab yang mengiring, ``Lebih kurang 10 tahun.`` Mula-mula kami turun ke bawah di atas tanah dan melihat jeti dari bawah, tapi tidak dapat jauh ke tengah, kerana pantainya bukan pasir, tetapi berlumpur. Akhirnya kami naik ke atas tebing yang ditambak dengan batu. Penulis yang diiring seorang Melayu bernama Encik Tahir bin Abdullah yang pada mulanya Penulis menjangkanya juga orang Cina (asal dai Dari tiang-tiang menunjukkan bahawa struktur asal jeti adalah bertiang dan berlantai kayu, kemudian dinaiktaraf, dengan pemasangan tiang batu lebih tinggi daripada tiang kayu dan diratakan di atas permukaan tiang batu ini dengan semin yang tidak begitu tebal sesuai dengan tiang-tiang yang tidak begitu besar dan tidak sangat kukuh. Pada penghujung jalan jeti bersemin disambung dengan jeti bahagian kayu berhadang tiang kelapa, bagi menjadi tempat himpitan perahu nelayan bila mau mendaratkan ikan bila air pasang. Keseluruhan jeti adalah uzur dan boleh runtuh. Jeti ini tidak jauh dari anak sungai Tanjung Sepat. Di tepinya terdapat tiang-tiang runtuhan jeti lama yang lebih awal dari Jeti No. 2. Oleh kerana jeti telah uzur, amat wajar dibaiki dan lebih wajar dibina yang baru yang lebih kukuh. Mungkin ada janji dalam pilihanraya ke 13 lepas dari YB Mohd Haslin untuk membaiki jeti berkenaan. Sebab itu beliau datang pada Selasa 25 Jun disambut oleh AJK Nelayan. Beliau menaiki jeti diiringi beberapa AJK hingga ke hujung bahagian bersemin dan bahagian hujung ini runtuh ketika saudara Haslin berada di atasnya dengan beberapa AJK. Bila runtuh beliau terhenyak dan telentang ke bawah. Beliau tidak luka, tapi terkejut dan pengsan. Menurut En. Sow Chan yang bersama. ``Seorang luka dihempap batu dan seorang luka ringan. Yang dihempap batu dibawa ke Hospital Banting.`` Tapi menurut En. Sow Chan, ``Pagi tadi yang dimasukkan ke hospital sudah pulang ke rumah.`` Bila Penulis bertanya, ``Bagaimnana dengan YB Haslin ?`` Encik Tahir yang terus mengiringi kami menyatakan. ``Kami beberapa orang mengangkatnya ke darat dan meletakkan pada tempat lapang dan antara kami menggosok dan memulihkan beliau yang akhirnya sedar dari pengsan dan YB. dihantar pulang ke rumahnya.`` Kata En. Tahir, ``Biasanya dijeti ini menjadi tumpuan pelancong pada hari minggu dan mereka biasanya pergi sampai hujung, tapi selama ini tidaklah runtuh.`` Secara bergurau Penulis menyatakan, ``Jeti tahu YB mahu melawat, kalau tidak runtuh tiada bukti jelas tentang keuzurannya, sekarang jelas runtuh, YB kena usaha mendapat peruntukan bagi membaikinya, kalau dapat bina jeti baru yang lebih kukuh.`` Semua ketawa dan setuju dengan cadangan Penulis. Penulis bertanya, ``Bagaimana dengan keputusan pada hari itu ?`` Jawab Encik Tahir, ``Oleh kerana belum sempat berbincang lanjut dan jeti runtuh, tidak ada keputusan setakat ini.` Tambah Penulis, ``Mungkin akan dibincang lebih serius selepas peristiwa runtuh untuk membaiki atau mengganti yang baharu.`` Penulis turut bertanya, tentang tangkapan ikan di Tanjung Sepat, menurut Encik Tahir, ``Tangkapan berbagai jenis ikan dari laut selat Melaka itu, tapi hasil ikan di sini cukup untuk dibeli dan diguna penduduk setempat dan tidak di bawa ke tempat lain.`` Penulis bertanya, ``Boleh beli ikan fresh di sini petang ini ?`` Penulis diberitahu bahawa hari ini nelayan tak turun ke laut. Agaknya kerana peristiwa jeti runtuh. Penulis juga ditunjukkan bangunan tempat memproses ikan-ikan kecil yang biasanya tak dipasarkan, tetapi diproses di bangunan itu bagi membuat fishball. Penulis rasa, dengan keterangan-keterangan diberi, rasa ingin tahu Penulis telah terjawab dan tatkala Penulis bersama saudara Azizi hendak minta diri untuk pulang ketika jam 5.30 petang seorang Cina yang agak lanjut usia yang duduk di bangku warung bertanya kami, `Parti apa ?`. Kami tidak menjangka disoal berkenaan parti, tapi kami menjawab `Bulan !` Sambil menunjukkan ke arah kenderaan Hilux kami yang masih ada tanda sebagai diguna bagi kegiatan Adun.`` Dia menunjukkan dengan jarinya, `Ini Kalilah`. Kami baru faham. Dia tersenyum tanda menyokong lantaran sama sealiran. Kami faham penduduk China di Tanjung Sepat ini solid memberi sokongan kepada YB Haslin yang memperkukuhkan kemenangannya. Dalam perjalanan pulang melalui Banting ke Dengkil setelah menunaikan solat Asar di Masjid Jami` Assalihin` kami bercakap tentang sokongan terutama masyarakat Cina secara meyeluruh terhadap Pakatan Rakyat, khusus YB Haslin dan sokongan ini jangan dipersia-siakan. Peristiwa Jeti Runtuh mungkin menggerunkan YB Haslin, tetapi peristiwa ini membantu mempertingkatkan imej YB Haslin sebagai pemimpin generasi baru yang komited terhadap tugas dan turun |
You are subscribed to email updates from di tanjung sepat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan