Sabtu, 29 Jun 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Lagi Berita: Jerebu: 203 Sekolah <b>Di Kuala Langat</b>, Subang Jaya <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 02:33 AM PDT

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan pada Selasa menarik balik keputusan untuk membuka semula sebahagian sekolah di Selangor apabila sebanyak 203 sekolah di Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan terpaksa ditutup semula ekoran jerebu yang masih teruk.


Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang "tidak sihat" dan "sangat tidak sihat".

"Bacaan IPU di Kuala Langat setakat pukul 7 pagi ialah 292 manakala bagi kawasan di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana (PPDPP) yang meliputi Shah Alam, Subang Jaya dan Seri Kembangan pula mencatatkan bacaan IPU 289.

"Sehubungan itu, kesemua 203 sekolah di kawasan tersebut diarahkan tutup bermula pagi ini. Pihak sekolah telah pun memaklumkan kepada ibu bapa supaya mengambil anak-anak mereka bagi pelajar yang bersekolah pada sesi pagi.

"Bagi persekolahan sesi petang ini, ia juga diarahkan tutup. Buat masa ini, kesemua sekolah ditutup pada hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Mohd Salleh berkata, arahan itu adalah berkuat kuasa untuk sesi persekolahan pada Selasa dan sebarang perkembangan sama ada keputusan untuk meneruskan penutupan atau pembukaan semula sesi persekolahan esok akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Bacaan IPU sentiasa berubah-ubah. Kita tak dapat nak jangkakan. Apa sahaja keputusan akan dimaklumkan kelak," katanya.
Beliau menambah, 203 sekolah itu meliputi 71 sekolah di Kuala Langat dengan 17 sekolah menengah dan 54 sekolah rendah, manakala 132 sekolah di Petaling Perdana pula ialah 47 sekolah menengah dan 85 sekolah rendah.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan "Sederhana", 101 sehingga 200 sebagai "Tidak sihat" dan 201 sehingga 300 "Sangat tidak sihat".
Sebarang bacaan melebihi 300 adalah "Berbahaya" manakala bacaan melebihi 500 dikategorikan sebagai "Darurat".

Menurut Mohd Salleh, arahan penutupan sekolah turut kekal di kawasan Pelabuhan Klang berikutan bacaan IPU setakat pukul 7 pagi Selasa ialah 487 - tahap yang sangat tidak sihat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pelajar agar menjaga kesihatan berikutan kualiti udara yang tidak baik.

"Mereka (pelajar) dinasihatkan supaya memakai topeng muka apabila berada di luar, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti di luar. Ibu bapa diminta untuk menasihati anak-anak mereka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin pada Isnin berkata, semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup pada Isnin berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula pada Selasa kecuali di Pelabuhan Klang.- Mstar

Lambat buat pengumuman. Menyusahkan murid, ibu bapa dan guru. Sepatutnya tutup sehingga udara benar-benar selamat.

Hasnul Janji Selesai Masalah Terminal Teksi <b>Kuala Langat</b>

Posted: 22 May 2013 11:34 PM PDT

BANTING 23 MEI : Pengusaha teksi di Terminal teksi Kuala Langat boleh menarik nafas lega apabila Adun Morib, Hasnul Baharuddin berusaha membantu menyelesaikan masalah kekurangan penumpang sejak sejak lima tahun lalu.

Kekurangan pelanggan ini ekoran kedudukan terminal yang agak terlindung dan jauh daripada hentian bas yang menurunkan penumpang.

Situasi ini mengundang kepada berleluasanya aktiviti kereta sapu yang mengambil penumpang sewenang-wenangnya.

Menurut Hasnul, beliau akan membawa perkara ini untuk dibincangkan ketika sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) supaya satu tindakan khusus dapat diambil pada kadar segera.

Jelasnya, beliau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil semula tanah berkenaan daripada pemaju swasta, Ehsan Istimewa Sdn Bhd untuk dibangunkan semula.

"Kalau boleh, Kerajaan Negeri ambil semula tanah ini kerana pemaju ternyata gagal memenuhi janji yang akhirnya membebankan pengusaha teksi dan penduduk secara amnya," ujarnya.

Sebelum ini, mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo menyerahkan tanah yang berkeluasan tiga ekar itu kepada syarikat swasta yang didakwa kroninya untuk dibangunkan.

Bagaimanapun, pemaju hanya membina sebuah bazar, beberapa buah kedai dan gerai namun tidak mengalihkan terminal teksi itu jauh daripada terminal bas berhampiran.

Dalam pada itu, wakil pengusaha Persatuan Teksi Kuala Langat, Anwar Sidek, 34, berkata, beliau dan pengusaha teksi lain sudah mengadakan beberapa sesi dialog bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta agensi lain namun tiada tindakan sehingga kini.

"Kalau dahulu, ahli persatuan kami 80 orang, tetapi kini hanya tinggal 50 orang kerana ramai yang tak dapat cari makan kerana masalah ini," katanya.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads