12 di bukit lanjan - Google Blog Search |
NKVE Sesak Teruk Dari Shah Alam ke <b>Bukit Lanjan</b> - Perak Today Posted: 21 Jun 2013 09:55 AM PDT PETALING JAYA: Tumpahan minyak sepanjang Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di antara Kota Damansara dan Bukit Lanjan telah menyebabkan kesesakan teruk. Jurucakap PLUS berkata tumpahan berkenaan berlaku pada pukul 7 malam selepas saluran paip daripada sebuah lori membawa muatan minyak masak bocor di sepanjang NKVE Ia menyebabkan kesesakan teruk kira-kira 11 kilometer daripada Kota Damansara. Tweet trafik Plus pada pukul 10 malam memaklumkan trafik masih bergerak perlahan di Kilometer 21 di lebuh raya berkenaan. Jurucakap berkenaan berkata lorong kiri ditutup untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Pasukan 'Propel Intervention' turut dikejarkan di tempat kejadian selepas saksi melihat asap tebal muncul daripada tumpahan minyak berkenaan. "Jabatan Bomba telah menasihatkan agar trafik dilencongkan agar pemandu kenderaan tidak lalu di atas kawasan tumpahan minyak. "Terdapat juga keprihatinan terhadap alam sekitar, kerana mempertimbangkan ia merupakan minyak masak terpakai." Menggunakan laluan kontra (kenderaan dipandu di laluan bertentangan) adalah tidak mungkin kerana trafik dari arah Shah Alam juga sangat sesak, kata jurucakap berkenaan. -mStar |
You are subscribed to email updates from di bukit lanjan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan