Isnin, 24 Jun 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Tidak pernah ada calon muslim <b>di</b> Subang dan <b>Kajang</b> sebelum ini <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2013 01:33 AM PDT

387201_564660110220805_560305468_n (1)

KAJANG – Menurut Ustaz Mohamad Ismail, sejak Subang dipecahkan menjadi parlimen, tidak pernah ada calon muslim yang menjadi wakil walaupun Subang mempunyai majoriti penduduk Melayu.

Bahkan katanya, perkara yang sama juga terjadi di DUN Kajang di mana tiada calon muslim yang mewakili suara penduduk majoriti Islam di sana.

"Oleh itu untuk PRU13 kali ini, saya mahu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk bertanding di Subang dan Kajang demi menyelesaikan permasalahan ummah yang berlaku.

"Jadi saya sangat berharap agar para pengundi di Subang mahupun Kajang dapat membuat pilihan yang bijak dengan mengundi calon muslim berwibawa," ujarnya ketika ditemui wartawan.

Mengikut rekod daftar pemilih 2013, keseluruhan penduduk Subang ialah 125,136 orang dan majoriti penduduk Melayunya ialah 62,103, kemudian Cina seramai 45,210, India 17056 dan peribumi berjumlah 767 orang.

Begitu juga di Kajang, untuk setakat ini yang mendaftar PRU13 ialah sebanyak 25, 351 orang dan majoritinya adalah penduduk Melayu iaitu 13,302 orang diikuti Cina 9039, India 2750 dan lain-lain ialah 260 orang.

Sehubungan dengan itu untuk PRU ini, Ustaz Mohamad akan bertanding atas tiket BERJASA di P107 Parlimen Subang dan N25 DUN Kajang yang mana berhadapan dengan pertembungan 5 penjuru di Parlimen Subang dan pertembungan 6 penjuru di DUN Kajang.

Di Subang beliau akan menentang Prakash Rao (BN), R. Sivarasa (PKR) dan dua calon bebas, Nazarudin Mohamed dan Edros Abdullah.

Manakala di Kajang pula, beliau akan menentang calon Lee Ban Seng (BN), Lee Chin Cheh (PKR) dan tiga calon bebas iaitu  Ong Yan Foo, Mohd. Iwan Jefry Abd. Majid dan Mohd. Khalid Kassim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads