Isnin, 24 Jun 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package <b>...</b> - Yus

Posted: 18 Jun 2013 06:16 AM PDT

Unveiling of the Nissan Almera Nismo ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

Dua hari lepas jika anda berkunjung ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan acara perlumbaan Super GT International Series Malaysia 2013, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke ruang pameran yang disediakan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Nissan di pasaran tempatan.

Di situ anda berpeluang melihat dengan lebih dekat prebiu global model Nissan Almera Nismo Performance Package Concept yang ditala khas oleh divisyen permotoran Nissan Motorsports International Co., Ltd. (Nismo). Pengenalan awal model itu kepada umum juga bermakna rakyat Malaysia akan berpeluang untuk memiliki sebuah Nissan Almera dengan pakej lengkap Nismo tidak lama lagi.

Menurut ETCM, ciri-ciri menarik pada bahagian luaran Nissan Almera Nismo Performance Package Concept ialah melalui rekaan bampar hadapan dan belakangnya, skirt sisi, spoiler belakang serta rim aloi bersaiz 17 inci. Semua komponen itu dibangun menggunakan teknologi perlumbaan Nismo yang sudah terbukti.

Nissan Almera Nismo Rear view ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

Selain itu, suspensi sports yang dipasangkan pada model berkenaan turut menawarkan pengendalian yang selesa dan stabil. Sementara peredam ekzos Nismo (Nismo Exhaust Muffler) pula memberikan bunyi yang lebih sporty bersesuaian dengan penampilan baharunya kini yang lebih garang berbanding model standard, malah tidak keterlaluan dikatakan ia juga telah mengatasi penampilan Almera IMPUL.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato' David Chen berkata, "Meneruskan kejayaan kolaborasi pertama di antara ETCM dan Nismo pada tahun 2005, kami kini berbesar hati untuk memperkenalkan model prebiu global ini. Nissan Almera Nismo Performance Package Concept merupakan bukti kepada hubungan dan kerjasama rapat yang telah wujud di antara ETCM dan Nismo. Kami harap dapat menawarkan pakej Nismo ini kepada semua pelanggan Almera tidak lama lagi!"

Nissan Almera Nismo 17 inch Alloy Wheels ETCM perkenal Nissan Almera Nismo Performance Package Concept di Litar Sepang

"Nissan Almera Nismo Performance Package Concept diperkenalkan buat pertama kali di dunia bersama Edaran Tan Chong Motor, rakan kami sejak sekian lama di Malaysia. Kami berbangga kerana mempunyai jenama Nismo pada model-model arus perdana Nissan. Ia menawarkan sesuatu yang istimewa dari segi teknologi sukan bermotor termaju, kemampuan prestasi dinamik dan reka bentuk sporty tersendiri yang terkandung dalam Nismo, jenama sukan bermotor, prestasi dan personalisasi Nissan," kata Presiden NISMO, Shoichi Miyatani.

Nismo merupakan jenama sukan bermotor dan prestasi untuk kenderaan Nissan yang terkenal di peringkat global. Ia juga dikenali sebagai salah satu organisasi sukan bermotor premium yang wujud daripada semangat tagline "Inovasi yang Mengujakan" (Innovation that Excites) Nissan. Nismo menawarkan teknologi inovatif dan berprestasi tinggi untuk rangkaian pelanggan lebih luas bagi kegunaan di jalan biasa.

p/s : Berapakah agaknya harga yang bakal ditawarkan untuk Nissan Almera NISMO ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads