Khamis, 13 Jun 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA <b>Di Petaling</b> <b>...</b> - Jalan Pulang

Posted: 25 May 2013 03:44 AM PDT



Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.


Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. 



Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG



6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.

6.10pm: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.



5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 

Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.


"Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.

5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:


  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.

4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.

Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.

Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.

Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.

"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.


video langsung perhimpunan bantah pru 13 <b>di</b> stadium <b>kelana jaya</b>

Posted: 08 May 2013 05:19 AM PDT

Video live Himpunan Bantah Keputusan PRU13  8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya

live perhimpunan di kelana jaya 8 mei 2013 video langsung perhimpunan bantah pru 13 di stadium kelana jaya

Perhimpunan yang di anjurkan 'pembangkang' adalah bermatlamat bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam Pilihanraya 5 Mei 2013 tempoh hari

Menurut laporan yang disiarkan akhbar, Tanpa notis 10 hari lebih awal, polis mengklasifikasikan himpunan yang akan diadakan oleh pakatan pembangkang di Stadium Kelana Jaya pada malam Rabu itu sebagai perhimpunan haram

Mengenai perkembangan perhimpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) orang ramai dilihat lengkap berpakaian serba hitam mula membanjiri Stadium Kelana Jaya termasuk kawasan berhampiran

Dalam pada itu, Penyokong "Blackout" dari pelbagai arah dengan menaiki kereta, motosikal, bas dan LRT berhampiran, sambil berjalan kaki menuju Stadium Kelana Jaya

Kira-kira pukul 6.30 petang hujan mula turun dan semakin lebat. Namun ia tidak mematahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat

Difahamkan Kira-kira 5,000 penyokong PR telah mengambil tempat masing-masing dalam stadium itu pada jam 8.00 malam dan jumlah kehadiran dijangka akan bertambah dari masa ke semasa

Untuk mengikuti perkembangan dan situasi secara live streaming di internet dalam paparan video sila layari atau klik pada tajuk pautaHimpunan Bantah Keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya ataupun video yang dipautkan dari laman youtube seperti dibawah

Azmin Ali Bidas PR Anjur Perhimpunan <b>Di Kelana Jaya</b> Lapor <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 03:04 AM PDT


Yahoo News cakap ada ura2 yang Azmin Ali nak letak jawatan.

Errr..

Tak mungkin.

Tapi tatau pula kalau ia betul2 terjadi. Dalam sehari dua neh di kalangan orang2 PKR sendiri berkata bahawa kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam PRU ke 13 menyebabkan Azmin dipersalahkan oleh ramai anggotanya atas alasan memilih kroni daripada individu yang telah berjasa di kawasan tersebut.

Cakap2 orang dalam PKR sendiri mengesahkan bahawa pergolakkan dalaman yang kurang senang dengan sikap yang di tonjolkan oleh Azmin Ali semakin memuncak pada tahun 2010. Dan seterusnya semakin berkembang dalam tahun2 kebelakangan itu.

Berikut antara yang dilaporkan oleh Yahoo News ;

Anwar Ibrahim's right-hand man Mohamed Azmin Ali is purportedly set to ditch Parti Keadilan Rakyat and the Pakatan Rakyat coalition.

According to party sources, the 49-year-old politician wants to leave the coalition 'due to his dissatisfaction over the allocation of Selangor state executive committee seats among Pakatan members.' 

It is believed that 11 senior Pakatan figures – said to be newly elected Members of Parliament - are set to follow Azmin out the door. 

Azmin's absence from the mammoth Pakatan Rakyat rally fronted by leader Anwar Ibrahim in Kelana Jaya, Selangor on Wednesday night has not gone unnoticed, thanks in no small part to Azmin's scathing Tweets about the event. 

On Twitter, he slammed Pakatan for organising the rally, urging the coalition to accept their loss at the recently concluded 13th General Election.  

Azmin tweeted, "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat." (The people are tired over the excessive political pressure. Accept the punishment, judge yourselves, admit weakness, progress and focus on the people, not kinship).


The 46-year-old Azmin is reportedly one of those battling to become the new Selangor Menteri Besar. Several candidates' names, including PAS' Ahmad Yunus Hairi, have surfaced. However, incumbent Menteri Besar Khalid Ibrahim is believed to be the Pakatan Rakyat leadership's choice to keep his position. 
Attempts to contact Azmin by Yahoo Malaysia, have so far been unsuccessful. Sinar Harian, however, quoted Azmin as saying that he wants to 'save PKR from any form of nepotism that could erode the public's trust in the party'.

He further denied rumours that he was set to leave the party along with other members of parliament. "I will not abandon this noble fight and will never betray the trust of the people who want change," he said.

 
Translation. Point penting.

1. Menurut sumber dalaman PKR, Yahoo News menyatakan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Pakatan Rakyat disebabkan tidak berpuas ahti dengan pengagihan kerusi Exco antara parti2 yang menang di Selangor, iaitu PAS, PKR dan DAP.

2. Antara yang disebut2kan akan meninggalkan PR ialah 11 ahli parlimen yang baru memenangi PRU juga akan mengambil jejak langkah yang serupa.

3. Ketidakhadiran Azmin Ali di perhimpunan mega Kelana Jaya mengesahkan lagi cakap2 yang sedang tersebar sekarang neh. Twitter yang dikemaskini oleh Azmin Ali juga menambahkan lagi persepsi negatif umum.

4. Azmin Ali dalam twitternya berkata [seperti di dalam gambar] telah membidas perhimpunan tersebut.

5. Azmin Ali antara nama2 yang disebut akan mencabar jawatan Menteri Besar. Terdapat satu laporan yang mengesahkan nama  Azmin Ali antara yang tercatit dalam kertas cadangan lantikan menteri besar. Namun, nama Khalid Ibrahim yang menjadi pilihan rakyat jelata dan juga parti2 komponen Pakatan Rakyat lebih menguasai keadaan.

6. Yahoo News gagal menghubungi Azmin Ali untuk mengesahkan beberapa perkara namun, laporan Sinar Harian menyatakan bahawa Azmin Ali dilaporkan berkata 'SELAMATKAN PKR daripada sebarang amalan NEPOTISME mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti [PKR].

7. Dia kemudian berkata bahawa tidak akan meninggalkan parti dengan mana2 ahli parlimen kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan ke atas nya. Lapor Sinar Harian yang dipetik oleh Yahoo News.

Pendapat aku. 

NEPOTISME tue merujuk kepada siapa? Dalam PKR jelas NEPOTISME merujuk kepada

Anwar Ibrahim

Wan Azizah

Dan Nurul Izzah.

Nak cari gaduh dengan Anwar Ibrahim? Aku rasa Azmin Ali kena hadap dengan penyokong tegar Anwar Ibrahim dulu untuk bernafas dalam PKR.

Pendapat peribadi ah. Aku yang bidas Anwar Ibrahim pun kena ketuk. Padahal medium kecik jek. Berapa ramai yang baca sangat apa yang aku tulis? Ini Azmin Ali? 

Hehe. 

Bersiap sedia la ek. Sebab  penyokong Anwar Ibrahim memang ramai. Mak aku salah seorang dari nya dan aku terlebih2 kagum macam mana ah si ANwar Ibrahim tawan ahti depa. Bertahun2 beb. Jampi ke apa?  Demmit.

Wakaka. Bai.  


IKLAN TEXT DISINI


USAHAWAN TELCO HIJAU MODAL RENDAH!


TAHUKAH ANDA KANSER BOLEH DICEGAH JIKA ANDA LAKUKAN SESUATU? KLIK SINI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads