12 di sepang - Google Blog Search |
- Greenblacks: Parlimen <b>Sepang</b> : Pas Menang Bergaya, Najib <b>...</b>
- Hanipa lawan 3 calon Umno <b>di Sepang</b> - Harakahdaily
- Pabila Lapar ~ Burger <b>di</b> Selambe Corner,Salak Tinggi,<b>Sepang</b> | the <b>...</b>
Greenblacks: Parlimen <b>Sepang</b> : Pas Menang Bergaya, Najib <b>...</b> Posted: 16 May 2013 10:28 AM PDT Tahniah kepada gerak kerja Pas/PR Selangor. Kemenangan calon Pas di Parlimen Sepang membuka lembaran baru politik Selangor Kemanisan kemenangan Pas/PR ini adalah satu titik sejarah kerana selepas 56 tahun kemerdekaan, inilah kali pertama Pas berjaya mengambil peluang.Sepang sejak dulu dikenali sebagai kubu Umno.Ini juga kejayaan gemilang Pas Selangor kerana mendapat 15 kerusi DUN. Walaupun Pas hanya menurunkan calon 'underdog' tetapi keputusan ini mencerminkan Najib terus diam dengan kekalahan yang boleh dikatakan agak besar di Selangor sehinggakan PR menguasai majoriti DUN 2/3. Frustnya Najib (Ketua Perhubungan Umno Selangor) telah diterjemahkan dengan tidak ada langsung Menteri Kabinetnya dari Selangor.( how you doing Noh Omar?) Maka benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Khalid Ibrahim dan Anwar serta Khalid Samad ,PRU-13 adalah PRU anak muda.Pengundi SALURAN 3,4 dan seterusnya sudah membayangkan PRU-14 lebih meriah dari PRU-13.Kita tunggu saatnya nanti. Sebelum itu, SPR mesti dirombak dan diletakkan dibawah Parlimen.Semua penipuan SPR dalam PRU-13 harus diadili terlebih dahulu.Hapuskan Undi Awal dan Undi Pos. Tiada menteri dari Selangor, manakala Johor hanya dua orang sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Malang datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat. Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komuniti. Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh. Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Hantar isyarat Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008. Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekaligus gagal mendapat 2/3 majoriti. Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan. Pada kabinet Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan). Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak. Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri. Melaka paling malang Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini. Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam' Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah. Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan. Pada pilihan raya umum tahun 2008, Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri. Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda. Sabah, Perak pintas Johor Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak. Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang). Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad. Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan. oleh Muda Mohd Noor |
Hanipa lawan 3 calon Umno <b>di Sepang</b> - Harakahdaily Posted: 20 Apr 2013 05:41 PM PDT
(Hanipa melambaikan tangan kepada penyokongnya semalam) SEPANG: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa berdepan dengan tiga calon Umno di Parlimen Sepang. Selain calon Umno yang bertanding atas tiket BN, Datuk Seri Mohd Zain Mohamed, dua lagi calon bebas adalah AJK Umno Bahagian Sepang. Hanafiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali turut mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini semalam.Hanafiah Mohamad adalah AJK Umno Bahagian Sepang. Datuk Suhaimi adalah Ketua Pemuda Umno Sepang Dan AJK Umno Sepang. Beliau juga adalah mantan Ketua Pemuda Umno Selangor dan juga mantan Adun Umno di DUN Dengkil pada tahun 2004. Kedua dua calon Umno ini menjadi calon bebas kerana tidak setuju nama Zin dicalonkan sebagai calon Umno di Parlimen Sepang. Semalam, berlaku suasana yang penuh emosi di kalangan penyokong Umno di sini apabila ada yang menangis dengan apa yang berlaku di sini. Seorang penyokong Umno dilihat memeluk Suhaimi sambil menangis kerana sedih dengan apa yang berlaku. (gambar atas) Semalam Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan akan memecat semua ahli dan pemimpin Umno yang bertanding calon bebas. Ini bermakna Umno akan kehilangan berpuluh-puluh ahli khasnya mereka yang memegang jawatan kanan dalam Umno termasuk Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim. Sebelum dipecat, Kamilia semalam telah mengumumkan perletakan kesemua jawatannya dalam Umno |
Pabila Lapar ~ Burger <b>di</b> Selambe Corner,Salak Tinggi,<b>Sepang</b> | the <b>...</b> Posted: 06 Jun 2013 07:50 AM PDT Satu lagi lokasi yang best untuk menikmati burger Betul2 di tepi simpang berdekatan deretan Avon Van putih ni senang je nampak Betul2 depan kedai Pinjaman Wang Berlesen(ceti ler) Ramai suka burger di sini walaupun ada gerai burger lain yang berdekatan Anak gadis ambil order & anak bujang di belakang tolong siapkan bahan2 Dah lama berniaga di sini lebih kurang 9 tahun lebih Kadang2 mereka pakai t-shirt 'uniform' hijau bertulis Selambe Corner Punyalah panjang signboard tu,hah Kak Lea pilih burger ayam biasa je Kadang2 suka pilih yang ada cheese Bosan nak hirup tomyam kalau selsema macam biasalah ada serbuk cili,black pepper dll Kalau korang kebetulan ada di Salak Tinggi |
You are subscribed to email updates from di sepang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan