12 di petaling jaya - Google Blog Search |
- Himpunan <b>di Petaling Jaya</b> tetap diteruskan, Sabtu ini <b>...</b>
- HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA <b>Di Petaling</b> <b>...</b> - Jalan Pulang
- .: Lebih 50 Ribu Rakyat Bangkit <b>di Petaling Jaya</b> - MSO
Himpunan <b>di Petaling Jaya</b> tetap diteruskan, Sabtu ini <b>...</b> Posted: 23 May 2013 05:31 AM PDT PETALING JAYA 23 Mei: Perhimpunan bagi membantah penipuan pilihan raya anjuran Gabungan "Suara Rakyat 505″ akan tetap diteruskan Sabtu ini, kata penggerak utamanya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pemimpin SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO itu bertekad memastikan himpunan itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan. "Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya dalam kenyataan media hari ini. Beliau turut mengutuk keras tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa menangkap Ahli Parlimen batu, Tian Chua, peguam aktivis, Haris Ibrahim dan pemimpin veteran, Thamrin Ghaffar hari ini. Katanya, penangkapan yang bermula dengan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli minggu lalu itu dijangka berterusan dengan beberapa lagi siri tangkapan. "Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. "Peristiwa hari ini mengingatkan kita bagaimana penceroboh Sulu diberi layanan dan masa yang selesa, tetapi rakyat sendiri dilayan umpama penjenayah besar. Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini!," Seru beliau. Semalam, Gabungan Suara Rakyat 505 yang terdiri daripada lebih 50 NGO dalam kenyataan berkata, ia akan tetap meneruskan Himpunan itu yang diadakan di Padang Timur, berdekatan Amcorp Mall, Petaling Jaya bermula jam 5 petang, Sabtu ini. Himpunan bertema warna hitam sebagai simbolik kepada kematian demokrasi itu, merupakan rentetan daripada siri-siri himpunan Black 505 yang diadakan di seluruh negara, sejak 8 Mei lalu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52431 |
HIMPUNAN #BLACKOUT505 BERMULA <b>Di Petaling</b> <b>...</b> - Jalan Pulang Posted: 25 May 2013 03:44 AM PDT Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini. Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA. Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak. Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin. LAPORAN LANGSUNG 6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang. 6.10pm: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya. Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam. 5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan."Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai. 5.30pm: Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap. "Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta. 5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan. 5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya. Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar. Ditanya mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya. Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan. "Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya. 4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi. |
.: Lebih 50 Ribu Rakyat Bangkit <b>di Petaling Jaya</b> - MSO Posted: 25 May 2013 08:36 AM PDT TERKINI Himpunan Black Out 505 sebagai membantah dan menyatakan kebencian kepada sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berdolak dalih dan mempertahankan apa didakwa ke atas suruhanjaya itu sebagai penipu dan tidak adil yang diadakan di padang Amcorp Mall Petaling Jaya malam ini dilimpahi lautan manusia. Lebih 50,000 yang hadir berhimpun dengan aman sambil mendengtar ucapan dan pidato para pemimpin politik dan Ngo. Mereka yang hadir sebahagian besar memakai baju warna hitam sebagai lambang atau pergabungan atas apa yang berlaku.Mereka yang kebanyakannya golongan muda datang sejak awal senja lagi memenuhi padang berkenaan. Himpunan malam ini merupakan kemuncak kepada himpunan Black Out505 yang diadakan dibeberapa negeri sebelum ini. Himpunan ini bermula di Petaling Jaya didikuti di Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka kemudian Kedah dan Terengganu sebelum ia berakhir di Petaling Jaya. Hanya Perlis dan Kelantan tidak bersedia mengadakan himpunan berkenaan. Sementara itu difahamkan seperti diumumkan himpunan malam ini tidak akan berakhir di situ tetapi ia akan diteruskan untuk ke Padang Merdeka. Himpunan malam ini berjalan lancar tidak ada apa-apa halangan dan pihak keselamatan tidak perlu bertungkus lumus untuk mengawal keadaan kerana ianya berlangsung dalam penuh berdisiplin. Inysa-Allah saya akan mengulas dan sorot himpunan BlackOut505 - Suara Rakyat ini esok. [pjy.sel.11:29 pm 25/05/13] |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan