1. Baru-baru ini, di dalam pusingan perkhabaran BN, dimaklumkan bahawa DUN di bawah Parlimen Kuala Langat iaitu Morib, Sijangkang dan Teluk Datok berada di dalam keadaan krisis.
2. Apa tidaknya kerana khabaran yang diterima menyatakan bahawa terdapat sabotaj daripada ahli BN sendiri terutamanya ahli UMNO akibat daripada kekecewaan calon yang dipilih.
3. Namun begitu, apabila turun ke lapangan sendiri, didapati keadaan adalah sangat berbeza.
4. Keseluruhan jentera BN baik di Morib, Sijangkang ataupun Telok Datok berada di dalam keadaan 'full force'.
5. Program yang dirancang berjalan dengan baik dan penerimaan pengundi terhadap calon adalah di luar jangkaan berita yang diterima.
6. Perkhabaran berlakunya sabotaj ini sebenarnya berpunca daripada pihak pembangkang sendiri apabila mahu melihatkan kepada dunia luar dari Kuala Langat yang ahli akar umbi berani untuk sabotaj lantas memberikan impak moral kepada seluruh jentera BN di luar Kuala Langat.
7. Khabaran palsu ini juga dibuat kerana berlakunya satu persengketaan dalaman pembangkang yang mengakibatkan mereka tidak ada pilihan lain melainkan memburukkan BN.
8. Calon Parlimen Pembangkang, Abdullah Sani dari Parti PKR telah ditolak sepenuhnya oleh pengundi di Kuala Langat termasuk mereka yang mencadangkan beliau pada tahun 2008 yang lalu. Pendedahan yang dibuat melalui
kenyataan media beberapa bulan yang lepas jelas menunjukkan kekecewaan ahli PKR di Kuala Langat tersebut.
9. DAP di Telok Datok pula mengalamai krisis dalaman sehingga menyebabkan perpecahan antara jentera parti. Penyandang bagi DUN tersebut Phillip Tan tidak dicalonkan semula dan ini telah menimbulkan kemarahan di antara penyokong kuat beliau. Phillip Tan juga mengugut untuk bertanding bebas tetapi akhirnya dijinakkan oleh Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. Kebiasaannya, wang ringgitlah yang menjadi penyelesaian ini. Tetapi penyokong beliau yang masih tidak mengetahui 'pembelian' Phillip Tan ini masih lagi marah dan tidak berpuas hati dengan DAP Pusat.
10. Di Morib pula, Haji Hasnul pula adalah seorang yang ekstremis agama yang tidak memperdulikan sentimen agama lain terutamanya agama Hindu yang sering mengguriskan hati masyarakat India di Morib. Hasnul juga dilihat tidak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP serta sering bergerak keseorangan. Sikap pentingkan diri ini akhirnya akan memecahkan kepercayaan rakyat terhadap beliau.
11. Malahan calon Pembangkang dari Sijangkang Dr. Yunus yang dianggap 'Mr. Clean' turut tidak kelihatan bersama-sama calon yang lain kerana tidak mahu tempias imej buruk yang ditunjukkan oleh calon-calon lain. Yunus yang kelihatan agak bijak menguruskan situasi ini akhirnya tersepit apabila masyarakat setempat terutamanya pengundi Sijangkang tidak melihat kelibat beliau di dalam ceramah umum yang melibatkan calon-calon lain.
12. Isu utama yang harus diselesaikan dan dijawab oleh Yunus di dalam ceramah beliau adalah berkaitan dengan pembekuan jawatan seorang Imam Besar 2 Masjid Besar Sijangkang. Imam tersebut dibekukan perkhidmatannya kerana khutbah Jumaat beliau yang menyelar perhimpunan Bersih yang bertentangan dengan Islam. Bagaimana agaknya Yunus hendak menjawab isu ini apabila diutarakan oleh pengundi.
13. Kerana perpecahan sebegini, Pembangkang telah mengeluarkan berita palsu dan perkhabaran buruk tentang situasi BN di Kuala Langat dengan harapan pengundi akan terpengaruh dengan permasalahan ini.
14. Dengan momentum yang berterusan ditunjukkan oleh BN di Kuala Langat, tidak mustahil BN boleh menjuarai ketiga-tiga DUN dan juga Parlimen.
15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan