Isnin, 3 Jun 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Kerajaan Negeri Arah PBT Segera Bina Jalan Alternatif <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 04:27 AM PDT

SHAH ALAM, 19 MAC : Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, jalan alternatif itu adalah bagi menggantikan laluan sedia ada yang menggugat keselamatan penduduk.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibuat berikutan kematian seorang remaja, Nur Alisa Balqis Mohd Zakir, 15, yang tergelincir ke dalam longkang besar kira-kira pukul 4 petang, kelmarin.

"Beberapa tindakan perlu dibuat secara drastik terutama laluan yang digunakan oleh penduduk (jalan pintas) yang menggadaikan nyawa. Kebanyakan remaja sekolah menggunakan lintasan kereta api dan melintasi parit besar untuk pulang ke rumah.

"Masalah ini telah diperhatikan sejak tiga tahun lepas lagi di mana satu usaha untuk menyediakan jalan alternatif telah dilaksanakan.

"Bantuan Kerajaan Negeri telah diberikan untuk menyegerakan kerja-kerja pembinaan jalan tersebut.

"Saya selaku Adun berharap ia dapat siap dengan segera supaya penduduk boleh menggunakan jalan yang lebih selamat," katanya ketika membuat tinjauan di kawasan Parit Besar, Padang Jawa di sini.

Mengikut laporan akhbar, Nur Alisa bersama tiga lagi rakannya terjatuh ke dalam longkang besar ketika menggunakan jalan di tepi parit tersebut semasa hujan lebat.

Namun, dua rakannya berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi rakannya berjaya diselamatkan kira-kira 500 dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, Nur Alisa gagal dikesan selepas pihak bomba menjalankan kerja mencari dan menyelamat termasuk menggunakan pasukan skuba.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui dua hari kemudian terapung di dalam Sungai Klang.

Pendapat Anda

Pendapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads