12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Cantik Betul Kelip-Kelip <b>di</b> Kampung Kuantan, <b>Kuala Selangor</b> Posted: 26 May 2013 04:56 PM PDT Semasa pi makan kat Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor baru-baru ini, sempat singgah di Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip. Bacalah sedikit sebanyak mengenai kelip-kelip ya. Memang unik betul serangga ni yang mana ianya mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Lagi gelap lagi bagus. Kalau tengah malam lagi jelas kita boleh nampak cahayanya. Nak tengok kelip-kelip ni kena naik sampan. Satu sampan bayaran sebanyak RM50 dikenakan bagi 4 orang. Perjalanan lebih kurang 15-20 minit. Jaket keselamatan disediakan. Pakai jangan tak pakai ya. Beginilah situasi pengayuh sampan. Memang bukan senang kerja macam ni. By the way, mengikut pengayuh sampan yang membawa kami, RM20 diberikan kepada mereka bagi satu trip. Dalam sehari dapatlah 3-6 trip. Lebih kurang 30 pengayuh sampan ada kat Kampung Kuantan ni. Inilah "jeti" yang membawa kita pergi tengok kelip-kelip. Kelip-kelip akan hinggap kat pokok ni dan menghisap nektar dalam daun ni. Nampak tak kelip-kelip? Ni saya ambil menggunakan kamera telefon samsung Galaxy Ace. Actually dalam bulatan tu kelip-kelip yang berada kat pokok. Bila tengok ianya semacam pkok krismas yang ada lampu. Memang sungguh cantik dan menarik. Ingat ya, kalau nak ambil gambar jangan guna flash, kalau tak memang tak nampak sebab kelip-kelip tu kan mengeluarkan cahaya. Setelah hampir 20 minit tamatlah perjalanan kita untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tambang RM50 dikenakan, ianya satu pengalaman yang sukar dilupakan dan my daughter cakap, ianya sangat best. Kalau tak silap, kelip-kelip ni boleh didapati di tiga negara iaitu Malaysia, Brazil dan New Zealand. Hmmm, by the way, masa kanak-kanak dulu saya pernah tengok kelip-kelip kat kampung. Kalau pi tengok kelip-kelip kat Kampung Kuantan, Kuala Selangor ni, sentuh boleh tapi jangan bawa balik rumah ya, kan tak dapat generasi akan datang untuk tengok dan anda mungkin didenda sebanyak RM1,000. Ada juga cenderahati dijual di sini berupa magnet peti sejuk dan juga keychain. Baju pun ada dijual di sini. So begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai pengalaman tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan