12 di sabak bernam - Google Blog Search |
Dari Kajang: Orang Bugis <b>di Sabak Bernam</b> Posted: 09 Jun 2013 09:31 AM PDT Daerah Sabak Bernam terkenal sebagai tempat tinggal orang Jawa dan Banjar, kerana kedua-dua suku itulah yang banyak terdapat di daerah itu, di samping sedikit orang "Melayu Jati". Orang Jawa kebanyakanya tinggal di kawasan kebun kelapa, orang Banjar di kawasan sawah padi dan orang Melayu Jati di kawasan pantai. Bagaimanapun, ramai juga orang Jawa yang tinggal di kawasan sawah padi. Sehingga tahun 2006, saya tidak tahu di daerah Sabak Bernam juga ada orang Bugis. Saya hanya tahu di daerah Sabak Bernam ada orang Bugis, setelah berjumpa dengan Datuk Yusof Latif, seorang bekas wakil rakyat keturunan Bugis pada tahun tersebut. Mengikut Datuk Yusof Latif, orang Bugis terutamanya terdapat di Kampung Baru, Pancang Bedena, Sungai Haji Dorani dan Kampung Baru Nelayan Sungai Besar. Mereka juga telah menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Bugis Sabak Bernam. Namun, orang Bugis hanya merupakan golongan minoriti di kampung-kampung berkenaan. Mungkin tidak ada orang Bugis yang menjadi ketua kampung. Dan mereka pun mungkin kurang menonjolkan diri sebagai orang Bugis. Sehingga tahun 2006, saya menganggap Datuk Yusof Latif sebagai orang Melayu Jati. Rupanya beliau adalah seorang Bugis yang telah meningkat menjadi tokoh politik di daerah Sabak Bernam. |
You are subscribed to email updates from di sabak bernam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan